Kursus Yang Ditawarkan Di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Kursus Yang Ditawarkan Di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah merupakan universiti awam dan juga institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang terdapat di Malaysia. Universiti Putra Malaysia, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia ditubuhkan pada 29 Oktober 1971 melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang.
Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Universiti Putra Malaysia mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, yang menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma.
Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia. Universiti Putra Malaysia merupakan salah sebuah daripada lima universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Berikut adalah senarai kursus pengajian yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia (UPM).
PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN
- Asasi Sains Pertanian
FAKULTI PERTANIAN
- Bacelor Sains Pertanian
- Bacelor Sains Hortikultur
- Bacelor Sains (Perniagaantani)
- Bacelor Pertanian (Akuakultur)
- Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)
FAKULTI PERHUTANAN
- Bacelor Sains Perhutanan
- Bacelor Sains Teknologi Kayu
- Bacelor Sains Taman Dan Rekreasi
FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
- Doktor Perubatan Veterinar
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
- Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)
- Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
- Bacelor Sains (Dietetik)
- Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)
- Bacelor Kejururawatan
- Doktor Perubatan
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
- Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)
- Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)
- Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)
- Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)
- Bacelor Pengajian Pengguna
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
- Bacelor Ekonomi
- Bacelor Perakaunan
- Bacelor Pentadbiran Perniagaan
FAKULTI KEJURUTERAAN
- Bacelor Kejuruteraan (Awam)
- Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)
- Bacelor Kejuruteraan (Kimia)
- Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)
- Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)
- Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)
- Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)
- Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi)
FAKULTI SAINS TEKNOLOGI MAKANAN
- Bacelor Sains Dan Teknologi Makanan
- Bacelor Sains (Pengajian Makanan)
- Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
- Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan
- Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
- Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)
- Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
- Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)
- Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
- Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)
- Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)
- Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)
FAKULTI SAINS
- Bacelor Sains (Kepujian) Major Biologi
- Bacelor Sains (Kepujian) Major Matematik
- Bacelor Sains (Kepujian) Major Statistik
- Bacelor Sains (Kepujian) Major Fizik
- Bacelor Sains (Kepujian) Major Kimia
- Bacelor Sains (Kepujian) Major Kimia Perindustrian
- Bacelor Sains (Kepujian) Major Petroleum
- Bacelor Sains (Kepujian) Major Bahan
- Bacelor Sains (Kepujian) Major Instrumentasi
- Bacelor Dengan Sains Pendidikan (Kepujian) Major Biologi
- Bacelor Dengan Sains Pendidikan (Kepujian) Major Fizik
- Bacelor Dengan Sains Pendidikan (Kepujian) Major Kimia
- Bacelor Dengan Sains Pendidikan (Kepujian) Major Matematik
FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
- Bacelor Seni Bina
- Bacelor Seni Bina Landskap
- Bacelor Sains Seni Bina
- Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
- Bacelor Komunikasi
- Bacelor Sastera Bahasa Inggeris
- Bacelor Sastera Bahasa dan Liguistik Bahasa Melayu
- Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu
- Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris
- Bacelor Sastera Pengkhususan Bahasa Mandarin
- Bacelor Sastera Pengkhususan Bahasa Arab
- Bacelor Sastera Pengkhususan Bahasa Perancis
- Bacelor Sastera Pengkhususan Bahasa Jerman
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Bacelor Sains Komputer Pengkhususan Sistem Komputer
- Bacelor Sains Komputer Pengkhususan Multimedia
- Bacelor Sains Komputer Pengkhususan Kejuruteraan Perisian
- Bacelor Sains Komputer Pengkhususan Rangkaian Komputer
FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
- Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi
- Bacelor Sains (Kepujian) Biokimia
- Bacelor Sains (Kepujian) Mikrobiologi
- Bacelor Sains (Kepujian) (Biologi Sel Dan Molekul)
FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
- Bacelor Sains Dan Teknologi Alam Sekitar
- Bacelor Pengurusan Alam Sekitar
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN (Kampus Bintulu, Sarawak)
- Diploma Pertanian
- Diploma Perikanan
- Diploma Perhutanan
- Diploma Kesihatan Haiwan Dan Penternakan
- Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
- Diploma Perniagaantani
- Diploma Kejuruteraan Pertanian Persediaan Diploma
- Bacelor Sains Bioindustri
Post a Comment