Program Yang Ditawarkan Di Politeknik Ibrahim Sultan


Program Yang Ditawarkan Di Politeknik Ibrahim Sultan

Politeknik kebiasaannya menjadi institusi pengajian tinggi pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) adalah di antara salah sebuah daripada berpuluh politeknik yang terdapat di Malaysia. Politeknik Ibrahim Sultan dikategorikan sebagai Politeknik Premier iaitu politeknik yang setanding dengan universiti.

Kebanyakkan program pengajian yang ditawarkan di politeknik adalah di peringkat diploma tetapi ada juga politeknik yang menawarkan program pengajian di peringkat sijil dan juga ijazah sarjana muda. Program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Ibrahim Sultan adalah di peringkat sijil, diploma dan juga ijazah sarjana muda. Politeknik telah melahirkan ramai graduan berkualiti yang diperlukan untuk mengisi peluang pekerjaan di negara ini.

Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik bolehlah membuat permohonan secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi UPU Online yang dibuka pada tarikh yang ditetapkan setiap tahun bagi pengambilan pelajar politeknik atau boleh rujuk Portal Pengambilan Pelajar Politeknik. Pemohon boleh memilih program pengajian mana yang menjadi pilihan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik. Untuk melihat senarai penuh politeknik serta program pengajian yang ditawarkan anda boleh rujuk Senarai Program. Berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Ibrahim Sultan.

Senarai Program Pengajian

Sijil Kemahiran Hotel dan Katering
Sijil Kemahiran Rekaan Fesyen dan Pakaian
Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Diploma Pengurusan Acara
Diploma Pengurusan Pelancongan
Diploma Pengurusan Hotel
Diploma Mekanikal
Diploma Mekanikal (Pembuatan)
Diploma Mekanikal (Bahan)
Diploma Mekatronik
Diploma Fesyen dan Pakaian
Diploma Rekabentuk Grafik
Diploma Rekabentuk Industri
Diploma Teknologi Kreatif Digital
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa
Sarjana Muda Reka Bentuk Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.