Program Yang Ditawarkan Di Politeknik


Program Yang Ditawarkan Di Politeknik

Politeknik di Malaysia dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO. Setakat ini terdapat lebih kurang 36 buah politeknik di seluruh negara dan boleh dikatakan setiap negeri di Malaysia mempunyai politeknik. Politeknik menawarkan program pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda.

Politeknik Premier adalah politeknik yang setaraf dengan universiti awam. Ia mengambil pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Politeknik Premier menawarkan program pengajian di peringkat diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda. Terbuka kepada golongan sepenuh masa dan separuh masa.

Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa yang dikenali sebelum ini ia berada di bawah kategori TEVT (Technical Education and Vocational Training) dan ILKA (Institut latihan Kemahiran Awam). Politeknik Konvensional menerima pelajar lepasan SPM dan setaraf. Program yang ditawarkan adalah di peringkat sijil dan diploma. Program ditawarkan dalam bentuk kursus sepenuh masa dan separuh masa.

Politeknik METrO (Maximising Education & Training Opportunities) merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan dan perdagangan. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskilling dan re-skilling. Pembelajaran dijalankan secara virtual learning dan melibatkan komponen on the job training.

Program yang ditawarkan di Politeknik adalah diperingkat sijil, diploma dan juga ijazah sarjana muda. Kebanyakkan program pengajian yang ditawarkan di politeknik adalah di peringkat diploma. Politeknik menawarkan pengajian di dalam bidang teknikal, perdagangan dan perkhidmatan. Setiap politeknik yang terdapat di seluruh negara menawarkan program pengajian yang berbeza.

Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di politeknik boleh rujuk senarai program pengajian yang ditawarkan di politeknik untuk memilih program pengajian yang diminati berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan. Permohonan untuk melanjutkan pengajian di politeknik adalah melalui UPU atau boleh rujuk Portal Pengambilan Pelajar Politeknik.

Berikut adalah senarai politeknik yang terdapat di seluruh Malaysia serta program pengajian yang ditawarkan.

Senarai Politeknik Serta Program Yang Ditawarkan

Politeknik Ungku Omar
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Politeknik Kota Bharu
Politeknik Kuching Sarawak
Politeknik Port Dickson
Politeknik Kota Kinabalu
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Politeknik Ibrahim Sultan
Politeknik Seberang Perai
Politeknik Melaka
Politeknik Kuala Terengganu
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Politeknik Merlimau
Politeknik Sultan Azlan Shah
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Politeknik Sultan Idris Shah
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Politeknik Muadzam Shah
Politeknik Mukah Sarawak
Politeknik Balik Pulau
Politeknik Jeli
Politeknik Nilai
Politeknik Banting
Politeknik Mersing
Politeknik Hulu Terengganu
Politeknik Sandakan
Politeknik METrO Kuala Lumpur
Politeknik METrO Kuantan
Politeknik METrO Johor Bahru
Politeknik METrO Betong
Politeknik METrO Tasek Gelugor
Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
Politeknik Besut
Politeknik Bagan Datuk
Politeknik Tawau

Dikuasakan oleh Blogger.