Cara Untuk Membuat Permohonan Simpanan Shariah KWSP
Cara Untuk Membuat Permohonan Simpanan Shariah KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan simpanan persaraan baru yang berteraskan konsep Syariah iaitu Simpanan Shariah bermula 1 Januari 2017 selaras dengan kehendak orang ramai. Semua pencarum boleh membuat permohanan dan bagi yang ingin membuat Simpanan Shariah atau menukar dari Simpanan Konvensional ke Simpanan Shariah boleh datang ke pejabat KWSP.
Apa itu Simpanan Shariah? Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah.
Ciri-Ciri Utama Simpanan Shariah:
- Semua ahli KWSP tanpa mengira, agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah.
- Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah.
- Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS).
- Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
Cara Untuk Membuat Permohonan Simpanan Shariah
Ahli perlu ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan. Pendaftaran akan bermula dari 8 Ogos 2016.
1. Mestilah membawa Mykad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia).
2. Menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti.
3. Ahli akan dimaklumkan melalui Notis dan Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada 7 hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan.
* Ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke Simpanan Konvensional.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000, atau Laman Web Rasmi KWSP.
Post a Comment