Resepi Minuman Coconut Shake


Resepi Minuman Coconut Shake

Minuman Coconut Shake sudah menjadi semakin popular kerana rasanya yang sedap dan enak ianya digemari ramai terutamanya ketika dahaga dan di kala waktu panas. Coconut Shake adalah sejenis minuman yang berasaskan kelapa muda.

Apa itu Coconut Shake? Coconut adalah kelapa manakala Shake pula adalah goncang jadi Coconut Shake adalah kelapa goncang. Bagi mereka yang menggemari minuman sejuk ini bolehlah buat sendiri minuman ini bila-bila masa sahaja jika ingin menikmati minuman ini dan cara untuk membuat minuman ini cukup mudah.


Bahan-Bahan

- Air Kelapa Muda
- Isi Buah Kelapa Muda
- Air Gula
- Ais
- Ais Krim Vanila

Cara Membuat

1. Sediakan blender.
2. Masukkan semua bahan-bahan, air kelapa muda, isi kelapa muda, ais krim vanila dan ketulan ais ke dalam blender.
3. Masukkan juga air gula secukup rasa.
4. Kemudian blend sehingga sebati.
5. Siap sedia untuk dihidang dan dinikmati.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.