Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku (Astro)


Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku (Astro)

Drama Si Kolot Suamiku adalah drama yang diadaptasi dari novel Si Kolot Suamiku karya Fazlyn Ridz yang ditayangkan di Astro Ria. Drama komedi romantik terbitan MIG Production Sdn Bhd arahan sutradara Eyra Rahman ini mengandingkan Amar Baharin dan Siti Elizad Sharifuddin sebagai pelakon utama.

Di dalam drama Si Kolot Suamiku Amar Baharin memegang watak sebagai Kudin manakala Siti Elizad Sharifuddin pula sebagai Tengku Edrina dan turut menampilkan ramai lagi pelakon lain. Si Kolot Suamiku mula ditayangkan pada 15 Ogos 2016. Drama 16 episod ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

Sinopsis Si Kolot Suamiku

Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan mempunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup bersederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dulu. Kedatangan lelaki itu membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutan piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabia Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan pindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapakah yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selam mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.