Wang Kertas Tandatangan Gabenor Baru Akan Diedarkan


Wang Kertas Tandatangan Gabenor Baru Akan Diedarkan

Wang kertas yang ditandatangani Gabenor Bank Negara (BNM) baru, Datuk Muhammad Ibrahim dijangka akan diedarkan dalam masa dua hingga tiga bulan lagi.

Muhammad berkata, Bank Negara Malaysia memerlukan sedikit masa bagi menghabiskan (pengedaran) wang kertas sedia ada yang mempaparkan tandatangan mantan gabenor dan digantikan dengan wang kertas baru.

"Sebaik stok (wang kertas sedia ada) selesai diedarkan. kami akan menggantikannya dengan yang baru. Proses ini memakan masa kira-kira dua hingga tiga bulan," katanya.

Tandatangan Gabenor BNM ke-8, Datuk Muhammad Ibrahim

Setakat ini bilangan Gabenor Bank Negara Malaysia adalah seramai lapan orang. Penyandang terkini ialah Datuk Muhammad Ibrahim. Gabenor ke-8, Datuk Muhammad Ibrahim merupakan Gabenor BNM terkini menggantikan Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bersara pada 2016. Pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim berkuatkuasa pada 1 Mei 2016.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.