Semakan Baki Pinjaman PTPTN Secara Online Dan SMS
Semakan Baki Pinjaman PTPTN Secara Online Dan SMS
Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu kemudahan pinjaman yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS. Bagi peminjam sudahkah anda membuat bayaran balik pinjaman PTPTN?
Kini terdapat cara mudah bagi peminjam untuk membuat semakan baki dengan mudah dan cepat dengan membuat semakan secara online dan juga menerusi SMS. Bagi peminjam PTPTN anda dinasihatkan supaya membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual bagi mengelakkan nama anda disenaraikan di CCRIS.
Di dalam Bajet 2017 yang telah dibentangkan pada 21 Oktober 2016, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan intensif diskaun berkuat kuasa mulai 22 Oktober 2016 sehingga akhir tahun 2017 ianya bertujuan menggalakkan peminjam untuk membuat bayaran balik.
- Diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
- Diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.
Cara Membuat Semakan Baki PTPTN
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan baki bagi memudahkan peminjam untuk membuat bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Semak Baki PTPTN Secara Online
- Layari Laman Web PTPTN, klik PTPTN
- Klik Ikon Semakan Penyata Pinjaman - Penyata Baki
- Masukkan No Kad Pengenalan dan No Pinjaman PTPTN anda
- Semak
Semak Baki PTPTN Melalui SMS
- Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
- Hantarkan SMS Ke 15888
Perkhidmatan Lain PTPTN
Selain itu, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut:
- Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
- Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
- Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
- Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i
Hello,
BalasPadamIni adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)