Isu Kenakan Caj Tukar Kad Debit Ini Penjelasan Maybank


Isu Kenakan Caj Tukar Kad Debit Ini Penjelasan Maybank

Viral di laman sosial yang mengatakan bahawa bagi pemegang Kad Debit bank Maybank, CIMB, RHB dan BSN yang tidak menukar kad mereka sebelum tarikh yang dinyatakan, mereka akan dikenakan caj sebanyak RM12.70 oleh pihak bank.

Dalam pada itu pihak Maybank tampil menjelaskan perkara sebenar menafikan yang mereka akan mengenakan penalti sebanyak RM12.70 jika tidak menukar Kad Debit baru.

Penalti sebanyak RM12.70 dikenakan untuk penggantian Kad Debit adalah TIDAK BENAR dan TIDAK DIBENARKAN oleh Maybank. Jika anda menerima apa-apa mesej, sila abaikannya.

Maybank ingin menjelaskan bahawa kita menggalakkan semua pemegang Kad ATM / Debit untuk menukar kad mereka sebelum 18 Disember untuk mengelakkan kesulitan, terutama pada musim perayaan. Tiada Caj untuk penggantian kali pertama.


Menjawab pertanyaan orang ramai mengenai tarikh akhir penukaran Kad ATM, tarikh akhir penukaran kad lama kepada kad MyDebit adalah sehingga 31 Disember 2016 ini, selepas tarikh itu ia akan menjejaskan urusniaga pengeluaran di mesin ATM atau pembelian runcit di terminal Pin & Pay mulai 1 Januari 2017.


Jika anda belum lagi berbuat demikian, sila tukar kad anda dengan segera melalui Maybank2u, Debit Kad Kiosk Penggantian atau kunjungi mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.