10 Nama-Nama Malaikat Dan Tugas-Tugasnya Yang Wajib Diketahui


10 Nama-Nama Malaikat Dan Tugas-Tugasnya Yang Wajib Diketahui

Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya dan terpelihara daripada melakukan dosa. Malaikat tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Malaikat juga tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Malaikat mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju sesuai dengan cahaya yang bergerak laju. Tidak diketahui berapakah jumlah sebenar malaikat melainkan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Terdapat 10 malaikat yang wajib diketahui oleh orang Islam.

Malaikat tidak dapat dilihat oleh manusia tetapi jika Allah berkehendak maka malaikat dapat dilihat oleh manusia, biasanya terjadi kepada para nabi dan rasul. Di dalam Islam beriman kepada malaikat adalah salah satu rukan iman. Beriman kepada malaikat adalah percaya bahawa malaikat benar-benar wujud. Malaikat bersifat ghaib, tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi dapat diketahui dan difahami secara majaz (metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul. Para nabi dan rasul menerima wahyu Allah melalui perantara malaikat.

10 Nama-Nama Malaikat Dan Tugas-Tugasnya

1. Jibril - Menyampaikan wahyu
2. Mikail - Menurunkan rezeki
3. Israfil - Meniup sangkakala
4. Izrail - Mencabut nyawa
5. Munkar - Menyoal orang mati di dalam kubur
6. Nakir - Menyoal orang mati di dalam kubur
7. Raqib - Mencatat segala amalan kebaikan manusia
8. Atib - Mencatat segala amalan keburukan manusia
9. Ridhuan - Menjaga pintu syurga
10. Malik - Menjaga pintu neraka

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.