Kursus Yang Ditawarkan Di GIATMARA Jerantut
Kursus Yang Ditawarkan Di GIATMARA Jerantut
GIATMARA Jerantut adalah di antara salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA yang terdapat di seluruh negara. Dan boleh dikatakan di seluruh negeri di Malaysia mempunyai Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan juga Sarawak.
GIATMARA ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.
GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/ Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kursus yang ditawarkan di GIATMARA, untuk rujukan berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan di GIATMARA Jerantut.
Senarai Kursus
Pendawai Elektrik (PW2)
Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
Teknologi Automotif
Post a Comment