Amalan Dilimpahkan Rezeki Paling Mustajab. Doa Ringkas, Rezeki Tidak Putus Untuk Keluarga.
Rumah tangga bahagia adalah diantara penyebab keluaga sentiasa dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah. Ibu dan bapa sering merasa tidak cukup tidak kira dari segi kewangan, pakaian atau makanan, tetapi sebenarnya Allah sentiasa akan mencukupkan rezeki kita setiap hari tanpa kita sedari.
ingat demi mencapat tujuan ini, setiap pasangan termasuk adik beradik mereka, ibu bapa mereka harus menghormati satu sama lain. Ingat rezeki yang Allah bentangkan ternyata amat luas. Praktikkan amalan untuk dilmpahkan rezeki setiap hari agar keluarga dan rezeki senantiasa dekat.
Salah satu amalan yang dikongsikan oleh Uztaz Mujahidin Al Banjari adalah membaca beberapa surah ketika membasuh beras. Amalan ini ternyata mudah tetapi hanya beberapa orang yang melakukannya, berikut antara bacaannya.
Mulakan dengan membaca Al Fatihah 1x disambung dengan ayat dibawah. Selepas selesai akhiri dengan selawat Nabi 3 kali. Insha Allah rezeki keluarga tidak akan terputus.
Ada juga amalan mengatakan sekiranya beras hampir habis, belilah beras baru dan campurkan dengan beras lama, Jangan dihabiskan terus beras lama supaya rezeki tidak terputus.
Apa-apa pun amalan dia atas, ianya tetap atas izin Allah, yang mampu kita lakukan solat, berdoa serta tawakal. Paling penting Rezeki tidak akan datang bergolek, ianya perlu dengan berusaha. Semoga kita semua dilimpahi dengan Rezeki yang Amat besar.
Disini saya kongsikan juga 10 cara agar keluarga dilimpahi rezeki dan rahmat Allah.
1. Ajar anak untuk menabung dan juga bersedekah.
2. Ajar anak untuk sentiasa membantu orang tua serta anak yatim piatu yang memerlukan.
3. Ibu bapa perlu ingat, mereka harus sentiasa menggembirakan anak
4. Lakukan segala aktiviti bersama, makan, solat dan beriadah.
5. Ajarkan kepada anak agar dapat menghafal doa-doa mudah.
6. Sematkan dalam diri anak solat dan membaca Al-Quran harus menjadi kewajipan.
7. Ajar anak, untuk menghormati semua orang tidak kira tua atau muda.
8. Sentiasa praktikan pertuturan yang baik dan lemah lembut diantara satu sama lain.
9. Elakkan pergaduhan diantara suami isteri atau anak-anak, ajarkan sifat penyabar.
10. Jika Boleh perbanyakkan zuriat, kerana zuriat adalah rezeki paling besar kepada suami isteri.
Rezeki ini sememangnya luas terbentang, lebih lagi apabila diusahakan bersama keluarga. Amin.
Post a Comment