Budak 16 Tahun Jana Pendapatan RM50k Sebulan, Lihat Apa Dia Jual
Walaupun masih muda, seorang remaja dari Kampung Seberang Takir sudah bergelar seorang usahawan dan sibuk bergelumang dengan udang gagau serta ikan bilis yang diusahakannya sendiri selepas kematian ibu bapanya.
Disaat rakan sebaya masih lagi bersekolah, Mohd Aimy Shahril Mat Ali 16, sibuk mengusahakan perniagaan belacan dan ikan bilis.
Dia mula didedahkan dengan perusahaan membuat belacan dan ikan bilis ketika berusia 13 tahun oleh arwah bapanya, Mat Ali Sulong. Selepas pemergian ibunya sembilan tahun lalu dia dijaga sepenuhnya oleh bapanya yang memberi tunjuk ajar menguruskan perniagaan itu.
“Bapa saya baru sahaja meninggal dunia bulan lalu namun perniagaan pembuatan belacan dan ikan bilis ini saya urus sejak berumur empat tahun lalu dengan tunjuk ajar arwah bapa ketika itu.”
“Saya hanya bersekolah sampai tahun enam, dan tidak sempat mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)" katanya. Tetapi tambahnya lagi itu tidak mematahkan semangat dia untuk berjaya di dalam hidup.”
“Alhamdulillah, saya berjaya mendapat jualan lebih RM50,000 sebulan,” katanya.
Menurutnya, ikan bilis diperolehnya daripada nelayan setempat dan ia akan melalui proses merebus serta jemuran sebelum dijual dengan harga RM20 hingga RM30 bergantung kepada jenis ikan bilis.
Tambahnya, Mac hingga Ogos dia memproses ikan bilis sebanyak 500 kilogram (kg) sehari manakala sekitar September hingga November pula sebanyak 1,000 kg ikan bilis diproses dan ketika itu jualan ikan sedikit murah serta boleh mencecah RM12 sekilogram.
Mohd Aimy berkata, antara spesies bilis yang diprosesnya ialah jenis bilis pucat, tembaga merah, bara, tembaga hitam. Spesis tembaga merah adalah yang paling mahal dijual dengan harga RM30 sekilogram dan dalam sehari dan dia mampu menjual sehingga 100 kilogram.
“Kini, saya mempunyai seramai 10 orang pekerja yang usia mereka jauh lebih tua serta mempunyai pengalaman. Mereka semua itu bantu untuk uruskan perniagaan ini walaupun usia saya masih muda.
“ Manakala untuk produk belacan, perniagaan ini mampu hasilkan hingga 1,000 ketul sehari dan secara purata 700 ketul dijual setiap hari. Harganya adalah RM4 seketul dan setiap bulan saya perlukan lapan tan udang gagau bagi menghasilkan produk belacan.
Setiap perniagaan mesti ada cabarannya tersendiri. Dia juga tidak terkecuali pernah ditipu dan ia menjadi satu pengajaran buatnya dalam bidang perniagaan,” katanya. Menurutnya, purata jualan belacan itu boleh mencecah RM1,000 sehari dan apabila dicampur dengan jualan ikan bilis purata pendapatan sebulan boleh mencecah RM50,000.
Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Aimy Shahril kerana berjaya membuktikan dia boleh berjaya walaupun masih muda remaja. Berkat usahanya selama ini berjaya mendapat pendapatan yang lumayan.
Semoga dia terus maju dan berjaya di masa akan datang. Sama-sama kita doakan buat Adik Mohd Aimy Shahril.

Post a Comment