Datuk Siti Nurhaliza "Sound" Youtuber Ciplak Kerana Lagu Ini
Menjadi insan seni ini bukanya mudah untuk mencipta nama. Segala usaha dan bakat yang dimiliki oleh insan seni selalunya mengambil masa yang lama untuk diketahui oleh masyarakat.
Walaupun
telah mencipta nama dalam industri muzik tanah air, Datuk Siti Nurhaliza tidak
terlepas dengan masalah yang seringkali membelenggu insan seni lain iaitu isu
hak cipta.
Seperti
sedia maklum, lagu baru penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza
bersama Kmy Kmo dan Luca berjudul Tujuh Nasihat baru saja dilancarkan tengah
malam semalam.
Walaubagaimanapun,
timbul pula satu isu yang mengejutkan ramai apabila Datuk Siti Nurhaliza
menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa dukacita apabila sudah banyak
lagunya itu dimuatnaik dan diletakkan dalam laman YouTube masing-masing.
Datuk
Siti Nurhaliza kelihatan sangat kecewa kerana ianya melibatkan lagu Tujuh
Nasihat.
Terbaru,
Datuk Siti Nurhaliza memuat naik satu kenyataan dimana dia juga memohon agar
pihak terlibat menghormati hakcipta dan karya insan seni.
“Salam
semua. Lagu baru saya bersama Kmy Kmo dan Luca berjudul Tujuh Nasihat baru saya
dilancarkan sejak tengah malam tadi.”
“Dukacita,
sudah banyak yang memuat naik dan meletakkan di dalam Youtube masing-masing.
Saya memohon supaya anda menghormati hakcipta dan karya insan seni. Bagi pihak syarikat
saya, SNP & Universal Music akan segera membuat pemantauan mengenai hal ini. “
Datuk
Siti Nurhaliza memberi peringatan kepada sesiapa yang terlibat untuk memadam
video sebelum laporan dibuat.
“Saya memohon agar pihak yang berbuat sedemikian dapat memadam
video tersebut sebelum laporan dibuat untuk tindakan selanjutnya. Bantu saya
dan report akaun berkenaan ya. Terima kasih.”
Menerusi ruangan komen posting berkenaan, ternyata ia meraih
pelbagai respon padu daripada peminat Datuk Siti Nurhaliza yang turut membidas
tindakan sedemikian.
Posting Datuk Siti Nurhaliza berhubung isu melibatkan lagunya
Tujuh Nasihat itu turut membuatkan netizen menyokong kerana ia berkaitan hasil
karya.
Hasil karya adalah tertakluk di bawah akta hak cipta
terpelihara. Sesiapa yang melanggar hak cipta seseorang atau pihak lain, mereka
boleh didakwa di mahkamah. Oleh itu, isu hakcipta ini bukanlah perkara kecil
dan perlu dibanteras di negara kita ini.
Hormatilah hak cipta orang lain dan jangan meraih hasil
"PERCUMA" dari usaha keras dan karya orang lain.
Post a Comment