Jangan Perlekeh Murid Kelas Belakang, Guru Ini Kongsi Kisah Murid Lemah Akademik Tapi Hebat
Masyarakat kita selalu dimomokkan dengan murid kelas belakang tiada masa depan. Malahan ada yang beranggapan bahawa murid itu lemah dalam akademik dan lemah juga dalam segala hal lain. Namun begitu, sebenarnya ramai lagi murid yang lemah dalam akademik namun mereka mempunyai ‘kekuatan’ yang tidak nampak dalam hal lain.
Kekuatan di dalam siri mereka ini sebenarnya perlu dicungkil. Cari kekuatan mereka itu berdasarkan minat dan kecenderungan mereka.
Seorang guru di laman facebooknya berkongsi satu kisah seorang murid kelas belakang berbanding rakan-rakan yang lain. Tatkala murid lain menonton kartun, murid ini menonton dokumentari sejarah peperangan. Menarik lagi murid ini mampu mengingat fakta peperangan tersebut dengan baik.
Tonton Dokumentari, Bukan Kartun
Satu hari, aku kena masuk relief kelas tahun 4. Kelas paling belakang. Kebetulan mereka kena duduk dalam makmal komputer memandangkan kelas mereka digunakan untuk UPSR.
Bila aku masuk, semua murid tengah melayan YouTube. Semua mereka layan cerita kartun. Upin Ipin, Boboiboy dan sebagainya. Kecuali murid ini. Aku mendekati dan lihat apa cerita yang dia lihat. Rupanya dia lihat dokumentari tentang peperangan.
Ingat Fakta Perang
Lebih aku takjub, dia bercerita pula dengan aku. “Cikgu tahu tak, Hiroshima kena b0m atom pada tahun bila?” “Tak tahu,” jawabku berpura-pura. Saja aku nak dia terangkan lagi. Eh jap, aku memang lupa dah bila tarikh sebenar. Hahaha.
“Hiroshima kena bom pada 6 Ogos 1945. Cikgu tahu tak kenapa dia kena bom? Siapa bom dia?” Jawabnya teruja.“Entah. Kenapa ya?” Dia pun bercerita pasal sejarah Jepun kena b0m. Cerita pula pasal peperangan dan peristiwa Pearl Harbour.
Pernah Berada di Kelas Pemulihan
Terkesima aku mendengarnya. Memanglah kisahnya tidak selengkap dalam buku Sejarah. Namun aku sangat kagum dengan minat dia pasal b0m, peperangan dan Sejarah.
Yang paling buat aku kagum, murid ini antara murid paling perlahan dalam kelas. Tahun 1-3 dia berada di kelas pemulihan sebab tidak kuasai bacaan pengiraan. Tahun 4 ini pun dia masih lemah lagi dalam Matematik sebenarnya.
Hafal Fakta Dengan Tepat
Aku sangka murid begini hanya minat cerita kartun sahaja. Langsung tak terbayang murid ini sukakan dokumentasi malah menghafal fakta dengan tepat! Kadang-kadang, kita tersalah membuat penilaian. Kadang-kadang kita hanya memandang luaran dan atas kertas sahaja. Sedangkan anak-anak kita punyai potensi besar dalam bidang lain.
Lemah Akademik, Hebat Berlakon
Teringat aku peristiwa lebih 20 tahun lepas. Masa tu abah aku menjadi pengetua di SMK Hamzah, Machang. Sekolah ini di bawah bimbingan beliau menjadi sekolah ternama di peringkat kebangsaan.
Salah satu kejayaan paling besar ialah menjuarai pertandingan drama peringkat kebangsaan. Aku masih ingat, waktu aku kecil-kecil dulu abah bawa aku tonton pertandingan drama peringkat negeri. Masa itu dramanya bertajuk ‘Singapura Dilanggar Todak’. (Jika aku tak silap)
Watak anak muda bijak Hang Nadim dibawa oleh seorang pelajar yang sangat berbakat. Lakonannya real sungguh, mesti menjadi dan penuh dengan perasaan. Abah berbisik pada aku,
“Hang Nadim tu kat luarnya pelajar yang biasa sahaja. Bahkan boleh dikategorikan pelajar perlahan juga dalam pelajaran. Namun dia sangat berbakat dalam lakonan.”
Aku yang masih di sekolah rendah masa tu hanya menganggukkan kepala sahaja.
Jangan Pandang Rendah Keupayaan Seseorang
Kata-kata abah lebih 20 tahun lalu aku mengerti kini. Jangan sesekali pandang rendah pada keupayaan anak-anak kita. Mungkin dia lemah pada satu perkara, tapi mungkin dia sangat bagus dalam perkara yang lain. Jangan lagi merendah-rendahkan kelemahan mereka. Sebaliknya pujilah kelebihan mereka. Kita cungkil apa yang terbaik dari mereka dan tonjolkan.
Teruslah beri sokongan padu pada mereka. Kerana dengan sokongan kita, mereka pasti lebih bermotivasi dan bersemangat lagi.
Kami percaya setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Tak semua berjaya dalam akademik. Namun kegagalan dalam akademik bukanlah bermaksud seseorang murid itu sudah gagal dalam hidupnya. Semoga adik ini berjaya dalam kehidupan dan masa depannya. Amin.
Kisah Jadi Pengajaran
Banyak pengajaran yang kita dapat dari perkongisian yang dibuat oleh guru ini. Kepada guru-guru lain yang ada di negara tercinta Malaysia ini moga-moga mereka tidak bersifat "pilih kasih" dan jadikan "anak emas" buat pelajar bijak pandai dalam akademik sahaja. Mungkin masih ramai lagi pelajar yang dilihat tidak pandai dalam akademik tetapi mereka itu sebenarnya ada "kekuatan" di dalam diri yang lebih hebat dari budak kelas depan.
Jangan jadikan budak kelas belakang ini dipinggirkan oleh guru-guru dan pihak sekolah tetapi berusahalah mencari identiti mereka yang lemah dalam pelajaran ini supaya "kekuatan" mereka itu dapat dikeluarkan. Mana tahu suatu hari nanti budak kelas belakang itulah yang menaikkan nama sekolah, negeri, mahupun negara. Insyaallah....
Kisah Jadi Pengajaran
Banyak pengajaran yang kita dapat dari perkongisian yang dibuat oleh guru ini. Kepada guru-guru lain yang ada di negara tercinta Malaysia ini moga-moga mereka tidak bersifat "pilih kasih" dan jadikan "anak emas" buat pelajar bijak pandai dalam akademik sahaja. Mungkin masih ramai lagi pelajar yang dilihat tidak pandai dalam akademik tetapi mereka itu sebenarnya ada "kekuatan" di dalam diri yang lebih hebat dari budak kelas depan.
Jangan jadikan budak kelas belakang ini dipinggirkan oleh guru-guru dan pihak sekolah tetapi berusahalah mencari identiti mereka yang lemah dalam pelajaran ini supaya "kekuatan" mereka itu dapat dikeluarkan. Mana tahu suatu hari nanti budak kelas belakang itulah yang menaikkan nama sekolah, negeri, mahupun negara. Insyaallah....
Post a Comment