Jawapan Mengejutkan Ibu Abam Selepas Ditanya Mengenai Menantunya
Pemergian pelawak terkenal tanah air iaitu Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan, 32 mengejutkan peminat dan seluruh rakyat Malaysia.
Kem@tian Abam Bocey bukan sahaja meninggalkan kesedihan kepada ahli keluarga malah rakan artis dan peminatnya turut terasa.
Tetapi sudah pasti insan yang paling sedih dengan pemergian Abam Bocey adalah ibunya sendiri dan isteri tercinta.
Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai cerita yang tidak enak didengar antara keluarga arwah dan balu kepada Abam Bocey.
Balu Abam Bocey dikatakan telah keluar dari rumah keluarganya sejurus selepas kem@tian Abam.
Terbaru, Ibu arwah Abam, Sabariah Arshad enggan memikirkan mengenai kontroversi yang melanda antara keluarganya dan menantu, Nor Hidayah Mohd. Ali.
Kata Sabariah, dia kini hanya mahu memikirkan nasibnya sahaja selepas kehilangan anak tersayang.
"Dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak ada cakap apa pun.
"Saya fikir anak saya yang sudah pergi sahaja. Siapa nak tanggung saya makan, saya fikir tu," luahnya.
Ditemui selepas Majlis Tahlil anjuran Astro Warna yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpurbaru-baru ini.
Katanya lagi, baik Hidayah atau dirinya, masing-masing tidak pernah berhubung selepas pemergian Abam.
"Dia tak ada nombor telefon saya, saya pun tak ada nombor telefon dia.
"Saya hanya tahu nombor yang sudah disimpan dalam telefon. Semuanya nombor telefon anak-anak saya," katanya.
Kisah keluarga Ali sebelum ini menjadi perhatian selepas usahawan Aliff Syukri menyiarkan temu bual bersama balu Abam, Nor Hidayah secara live di Facebook.
Dalam sesi temu bual itu, usahawan terkenal itu menyentuh isu sensitif berkaitan harta pusaka.
Keadaan itu kemudian menjadi tegang sehingga mencetuskan perbalahan dua keluarga dan mendapat perhatian netizen.
Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas dan meninggalkan isteri dan seorang anak yang masih kecil.
Pemergian Abam telah memberi tamparan besar buat kumpulan lawak terkenal Bocey yang ahlinya terdiri daripada Abam, Fad dan Achey.

Post a Comment