Perut Hari Ini Teringin Nak Makan Laksa, Bila Nak Suap Tak Sangka Benda Ni Yang Diorang Letak.
BUKAN mahu tutup periuk nasi peniaga, begitulah kata-kata seorang individu di Twitter susulan pendedahan mengenai kuah laksa yang didakwa diperbuat daripada kertas surat khabar atau kotak yang dikisar.
Posting yang dimuat naik pada Ahad itu menarik perhatian pengguna media sosial sehingga kini menerima lebih 2,500 ulang kicau (Retweet).
Ujar individu tersebut, dia berasa musykil kerana isi dalam kuah laksa yang dibeli di Jalan menuju ke Banting, dipercayai terletak di Selangor itu langsung tidak hancur.
“Laksa ni aku beli dekat jalan menuju Banting. Aku musykil gila dia tak hancur dan aku boleh perah.
“Korang rasa? Amende (apa benda) ni? Hati aku kuat mengatakan benda ni sama ada surat khabar atau kotak yang dah dikisar.
“Kalau andaian aku salah, aku minta maaf sebab aku dah buang laksa ni,” tulisnya lagi.
Menurut individu itu, dia juga kecewa jika benar laksa itu diperbuat daripada bahan yang tidak sepatutnya dimakan.
“Tapi aku kecewa gila kalau betullah ini bahan daripada kertas, memang tak selamat kau dunia akhirat berniaga macam ni betul aku cakap.” PELAYAR TWITTER
“Aku tak tahulah nak report ke tak sebab aku tak duduk dekat kawasan tu dan tadi aku singgah kejap je beli laksa.
“Tapi aku kecewa gila kalau betullah ini bahan daripada kertas, memang tak selamat kau dunia akhirat berniaga macam ni betul aku cakap.
“Nasib baik mak aku jenis suka teliti makanan lagi-lagi kalau beli dekat luar. Dia pelik kuah warna gelap macam letak kicap. Ada ke laksa hitam macam ni dol,” tulisnya.
Individu itu turut menggesa orang di luar sana agar lebih berhati-hati agar tidak ditimpa nasib sepertinya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberi padangan mereka berhubung pendedahan itu.
Selain menyarankan agar dia membuat laporan kepada pihak sepatutnya, ada juga yang meminta agar dia bersemuka dengan peniaga yang disebutkan itu.
“Cikgu I penah bagitau , ada peniaga buat kuah laksa letak tisu sebab nak bagi kuah tu pekat,” tulis @ijahjenol.
“Kalau betul itu bukan isi ikan, sanggup betul dia berniaga menipu macam tu allahu,” tulis @elyyaelysha.
“Cik, jika ada sebarang aduan berkenaan makanan, boleh berhubung terus dengan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, rujuk Unit Keselamatan & Kualiti Makanan (FSQ). Mereka akan siasat kes-kes macam ni,” tulis @tehsilencewords.
“Post dekat sini, lepastu tak report dekat KPDNKK, bahan bukti pulak dibuang macam tu je. Secara tak langsung awak dan menimbulkan fitnah, keraguan dan menutup periuk nasi semua kedai-kedai area situ. Kalau tak pasti apa benda yang diletak, tak payah buat teruk la nak post kat sini,” tulis @q1fxys.
Post a Comment