“Saya dah tak tahan, mereka tak reti nak respek!” - Waris
Dikenali dengan nama Waris sejak lapan tahu, penyanyi rap terkenal Muzammil Alias mengambil keputusan untuk berhenti gunakan nama komersialnya itu.
Katanya sepanjang menggunakan nama "Waris", dia berasa kurang dihormati oleh segelintir masyarakat.
"Saya nak ambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada semua orang jika saya pernah lakukan kesilapan, tak pernah bagi ambil gambar atau pun pernah tercakap benda yang buruk atau terlukakan hati korang semua.
"Saya rasa dah tak tahan. Minta maaf, saya nak berhenti. Saya nak berhenti guna nama Waris".
"Bila jumpa orang dekat luar, mereka tak reti nak respek, ada yang siap tak panggil nama. Panggil saya dengan nama jolobak ko jolobu (lirik lagu Gadis Jolobu)," katanya.
Sebuah video berdurasi satu minit dari Waris yang dimuat naik di laman sosial pada malam Rabu menjelaskan perkara tersebut.
Waris juga turut meminta pendapat pengikut di media sosial untuk menyumbangkan idea bagi nama baharu yang sesuai untuk digunakan.
"Kalau korang ada idea nama apa yang patut saya tukar, boleh komen.
"Saya dah tak nak orang panggil saya dengan gelaran Waris, Jolobak ko Jolobu, pun saya tak mahu," katanya.
"Lah nama Waris ok da tu... Kenapa pula nak tukar.
"Tak payah tukar nama tu... guna saja nama Waris tu. Sebab nama Waris tu la ada lagu loghat negeri sembilan yang melonjakkan nama Waris dalam industri seni ni," komen beberapa netizen.
Namun, sejauh manakah kebenaran WARIS untuk menukar nama itu belum dipastikan lagi buat masa ini. Tetapi rata-rata peminatnya mahu nama itu dikekalkan kerana nama itu menunjukkan identitinya dari Negeri Sembilan.
Apa-apapun kita sebagai peminat mendoakan yang terbaik buat Waris dan tidak bersikap kurang ajar apabila bertemu dengan Waris di luar. Panggilah nama yang sepatutnya dan jangan bersikap bi@dap.

Post a Comment