Sesuatu Yang Pelik Berlaku Ketika Guan Eng Dan Anwar Ibrahim ke Pejabat PM
Ekoran keadaan politik negara yang dilihat semakin panas ketika ini, rakyat Malaysia mula mengikuti dan menunggu keputusan dari kerajaan.
Seawal pagi ini Jam 9.30 pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah pergi ke Pejabat Perdana Menteri untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir bagi berbincang.
Kemudian, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyusuli.
Sesuatu yang pelik berlaku!
Seperti sedia maklum sebelum ini Tun Dr. Mahathir adalah seorang yang menepati masa dan selalu masuk ke pejabat seawal pagi namun lain pula jadi pada hari ini.
Difahamkan Mahathir tiada di pejabatnya ketika tiga pemimpin itu datang dan akhirnya mereka bertiga keluar dari pejabat Perdana Menteri pada jam 10.25 pagi tanpa memberhentikan kenderaan untuk bercakap dengan media.
Difahamkan Mahathir tiada di pejabatnya ketika tiga pemimpin itu datang dan akhirnya mereka bertiga keluar dari pejabat Perdana Menteri pada jam 10.25 pagi tanpa memberhentikan kenderaan untuk bercakap dengan media.
Azizah, Anwar dan Guan Eng kemudian pergi ke rumah Mahathir di Seri Kembangan.
Sementara itu, beberapa menteri di Putrajaya dilaporkan tidak menghadiri sebagai majlis rasmi kementerian, dipercayai sedang mengadakan pertemuan dengan pemimpin lain dalam mesyuarat tergempar.
Sejak semalam negara dikejutkan dengan berita dan desas desus tentang gabungan baru yang bakal membentuk kerajaan baru apabila Perdana Menteri, Dr. Mahathir dan enam wakil parti lain tiba di Istana Negara.
Kemudian sebelah malam, beberapa pemimpin tertinggi dari parti Bersatu, PAS, UMNO dan Warisan melakukan perjumpaan di Hotel Sheraton di Petaling Jaya.
Pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, portal terkenal Malaysiakini telah membawakan laporan langsung mengenainya di sini.
Berikut laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini.
10.49 pagi: Pusat Pembanterasan Rasuah dan Kronisme (C4) akan menyertai sidang media bersama Bersih pada petang ini.
Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel, berkata sidang media itu akan diadakan sejurus selepas Presiden PKR, Anwar Ibrahim, bertemu Yang di-Pertuan Agong.
10.50 pagi: Malaysiakini difahamkan oleh sumber, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, tiada di pejabat ketika Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng tiba.
Difahamkan ketiga-tiga mereka kemudian bersama-sama menuju ke rumah Mahathir di Seri Kembangan.
10.25 pagi: Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng meninggalkan Perdana Putra. Kedua-dua mereka tidak memberhentikan kenderaan masing-masing untuk bercakap kepada media.
Hanya beberapa minit sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, juga dilihat meninggalkan bangunan menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu.
Kenderaannya diperlahankan sedikit dan beliau melambai ke arah wartawan yang menunggu.
10.20 pagi: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan tidak akan menghadiri sebarang majlis rasmi kementeriannya hari ini.
Hal itu disahkan seorang pembantunya.
Kata sumber tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hasnol Zam Zam Ahmad, akan mewakili Saifuddin.
10 pagi: Kira-kira dua jam sebelum mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berlangsung, kelihatan salah seorang pemimpin kanan parti itu tiba di bangunan ibu pejabat parti terbabit di Pudu, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, enggan memberi sekarang kenyataan.
” Saya tak tahu,” katanya apabila ditanya media sama ada beliau hadir untuk menghadiri mesyuarat berkenaan atau sebaliknya.
Menurut setiausaha politik menteri kewangan itu, beliau datang untuk menyelesaikan “hal-hal lain”.
Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, dilihat tiba di situ kira-kira jam 9pagi.
10.45 pagi: Presiden Gerakan, Dominic Lau, mengesahkan kepada Malaysiakini, parti itu akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur pada jam 4 petang ini.
Katanya, salah satu agenda yang akan dibincangkan ialah kemungkinan penyertaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, serta penyokongnya, ke dalam Gerakan.
” Itu antara agendanya, tapi yang utama akan dibincangkan ialah situasi politik, kedudukan Gerakan, strategi dan tindak balas.
” Kami akan bincangkan mengenai peranan Gerakan apabila ada perubahan kerajaan,” katanya.
Lau bagaimanapun enggan mengulas sama ada Azmin dan pengikutnya ada atau tidak memohon menyertai Gerakan. Beliau juga tidak mengulas apabila ditanya kemungkinan Azmin akan hadir pada mesyuarat tersebut.
11 pagi: Veteran DAP, Lim Kit Siang, tiba di ibu pejabat parti itu di Pudu.
"Kami ada mesyuarat lepas ni," katanya semasa ditemui media di pintu masuk bangunan tersebut.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu enggan menjawab soalan lain yang dikemukakan wartawan.
Sebelum Lim, kelihatan tiba lebih awal ialah Ketua Wanita DAP, Chong Eng; Adun Teratai, Lai Wai Chong; dan Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.
11.40 pagi: Difahamkan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sudah tiba di kediaman Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan, Selangor hampir sejam lalu.
Astro Awani melaporkan, ketiga-tiga ahli parlimen itu sedang bertemu dengan Mahathir.
11:30 pagi: Difahamkan DAP mengarahkan semua wakil rakyat dan senatornya untuk hadir ke mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur.
Hal itu selaras dengan ketibaan ramai pemimpin DAP setakat ini. Antaranya Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy; Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham; Soon Lip Chee (Adun Bagan Jermal) dan A Sivanesan (Sungkai).
Rakyat Malaysia masih menunggu keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Diharap apa sahaja keputusan yang dibuat selepas ini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat secara umumnya. Semoga Malaysia dipelihara dan keamanan yang dikecapi pada hari ini terus mekar dan tidak dicemari dengan insiden yang tidak diingini.
Post a Comment