Anwar memang 'gila-gila' nak jadi Perdana Menteri
Dalam satu mesyuarat tertutup Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Ahad lalu, Tun Dr. Mahathir berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi Perdana Menteri kerana tidak ramai yang menyokongnya.
Mahathir berkata sedemikian dalam mesyarat itu yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Parti Amanah Nasional (Amanah).
“Anwar ni memang dia gila-gila nak jadi Perdana Menteri. Dia tak boleh jadi (Perdana Menteri). Entah macam mana, kalau dulu ramai sokong dia, sekarang ini ramai sokong saya.”
Tun Dr Mahathir trurt menjelaskan, apabila beliau meletakkan jawatan, langkah itu membolehkan Anwar untuk bertanding.
Tun Dr. Mahathir mengulas lanjut dengan menerangkan bagaimana perancangannya untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri di tengah-tengah krisis itu telah digagalkan oleh Anwar.
Menurutnya lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk menamakannya (Anwar) sebagai calon Perdana Menteri apabila mereka ditemu ramah oleh Yang di-Pertuan Agong pada Rabu lepas.
"Jika tidak, saya sudah dapat 92 undi (sokongan ahli Parlimen). Saya boleh dapat lagi 60 undi, dan boleh dapat majoriti.
"Jadi kerana dia (Anwar) tuntut untuk menjadi calon, walaupun dia sepatutnya tahu dia tidak boleh dapat (sokongan majoriti).
"Dia tuntut nak jadi calon (Perdana Menteri). Orang macam tu percaya benda tak betul, sebab dia nak (jadi) Perdana Menteri," kata Mahathir.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PH hanya kembali menyokong Mahathir pada petang Jumaat selepas Muhyiddin berjaya mendapat sokongan sebahagian besar ahli Parlimen Bersatu untuk bekerjasama dengan UMNO, Pas, dan beberapa parti lain.
Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 di Istana Negara pada pagi Ahad 1.3.2020.
Rakyat semakin muak dengan krisis politik yang tidak berkesudahan yang berlaku sebelum ini. Diharap dengan terlantiknya Perdana Menteri ke-8 ini dapat melenyapkan semua krisis perlembagaan sebelum ini.
Post a Comment