Anwar Ucap Terima Kasih Kepada Tun M Serah Jawatan PM
Kalau dah bukan rezeki..itulah kata-kata yang sesuai diberikan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cita-cita Presiden PKR itu untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 musnah apabila secara rasminya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik menjadi Perdana Menteri ke-8.
Pada ahad lepas Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kisah Sebelum Ini.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata “Terima kasih rakyat, Pakatan Harapan (PH) dan kepada Tun”, ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada beliau.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan reaksi seperti itu ketika ditanya mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir berkata dalam temu bual eksklusif bersama akhbar Australia, Sydney Morning Herald (SMH) di Bangkok, baru-baru ini, ketika ditanya sama ada jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepada Anwar dan bukan calon lain, termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mengulas mengenai komplot cubaan menghalangnya menjadi Perdana Menteri, Anwar memaklumkan tidak ada mana-mana pemimpin PH yang mengusulkan nama lain setakat ini.
“Keputusan dibuat sebelum pilihan raya, mandat dalam pilihan raya. Setakat ini tidak ada pimpinan PH yang mengusulkan nama lain.
“Tapi dalam politik, memang berlaku apa yang dipanggil ‘court intrigue’ (komplot dalaman), kita tak boleh halang.
“Tapi saya tak ada masalah, kita tumpu perhatian dalam urusan kerja,” katanya.
Sebelum ini, Majlis Setiausaha PH mendakwa ada komplot mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), antaranya bertujuan menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri.
Ditemui di lobi Parlimen hari ini menyatakan ucapan terima kasih itu ditujukan kepada Dr Mahathir dan juga Pakatan Harapan (PH) serta rakyat.
Ketika ditanya cubaan pihak tertentu yang mahu menghalangnya menjadi perdana menteri, Ahli Parlimen Port Dickson itu sekali lagi menegaskan keputusan itu dibuat sebelum pilihan raya lagi.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa Dr Mahathir untuk kekal sebagai perdana menteri sepanjang mandat lima tahun PH.
Namun, berita-berita ini adalah sebelum Perdana Menteri Ke-8 dilantik. Kini, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi boleh menjadi Perdana Menteri ke-8 Malaysia setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia ke-8 pada Ahad 1.3.2020.
Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singahsana Kecil, Istana Negara, pada jam 10.33 pagi.
Pada ahad lepas Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kisah Sebelum Ini.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata “Terima kasih rakyat, Pakatan Harapan (PH) dan kepada Tun”, ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada beliau.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan reaksi seperti itu ketika ditanya mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir berkata dalam temu bual eksklusif bersama akhbar Australia, Sydney Morning Herald (SMH) di Bangkok, baru-baru ini, ketika ditanya sama ada jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepada Anwar dan bukan calon lain, termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mengulas mengenai komplot cubaan menghalangnya menjadi Perdana Menteri, Anwar memaklumkan tidak ada mana-mana pemimpin PH yang mengusulkan nama lain setakat ini.
“Tapi dalam politik, memang berlaku apa yang dipanggil ‘court intrigue’ (komplot dalaman), kita tak boleh halang.
“Tapi saya tak ada masalah, kita tumpu perhatian dalam urusan kerja,” katanya.
Sebelum ini, Majlis Setiausaha PH mendakwa ada komplot mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), antaranya bertujuan menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri.
Ditemui di lobi Parlimen hari ini menyatakan ucapan terima kasih itu ditujukan kepada Dr Mahathir dan juga Pakatan Harapan (PH) serta rakyat.
Ketika ditanya cubaan pihak tertentu yang mahu menghalangnya menjadi perdana menteri, Ahli Parlimen Port Dickson itu sekali lagi menegaskan keputusan itu dibuat sebelum pilihan raya lagi.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa Dr Mahathir untuk kekal sebagai perdana menteri sepanjang mandat lima tahun PH.
Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singahsana Kecil, Istana Negara, pada jam 10.33 pagi.
Dengan ini maka berakhirlah spekulasi mengenai jawatan Perdana Menteri ke-8 yang menjadi persoalan buat semua sebelum ini. Tiada lagi kaitan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah kerajaan Pakatan Harapan runtuh baru-baru ini.
Post a Comment