Ibu Mengidap Kanser Lidah Tahap 4, Meninggalkan Beberapa Keping Nota Sebelum Lidah Keras Sepenuhnya Dan Mata Tertutup Rapat.

Ibu adalah anugerah terindah yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua. Jika tiada ibu, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempatnya kerana ibu hanyalah satu di dunia ini. Anak manakah yang tidak sedih apabila ibu tercinta menderita kesakitan.

Hati anak mana yang tak sedih apabila melihat seorang ibu menanggung kesakitan. Begitulah yang terjadi kepada seorang pengguna di Facebook, Nurul Shafina Mazani bahawa ibunya menghidap kanser lidah tahap 4 sejak bulan Mei tahun lalu.

Baru-baru ini, Nurul Shafina atau lebih dikenali sebagai Piena berkongsi beberapa gambar nota terakhir dari ibunya. Ohmedia rasa sebak bila baca satu-satu, teringat ibu Ohmedia dekat rumah tu. Hmm. Menurut Piena, nota tersebut adalah yang terakhir ditulis ibunya sebelum kedua-dua matanya membengkak dan tidak dapat melihat sepenuhnya.

Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mak dah tak boleh berkata-kata. Dah tak boleh bersuara lagi. Lidah mak dah mengeras sepenuhnya. Mak hanya mampu menulis. Kata-kata nasihat dari mak, Piena akan ingat sampai bila-bila. Kami adik-beradik akan ingat pesan mak untuk selamanya. Sebak hati bila baca apa yang mak tulis. Nasihat mak untuk kami adik-beradik sentiasa terngiang-ngiang dalam ingatan. Semoga Allah permudahkan segala urusan mak. Mak cepat sihat ya. Piena rindu mak yang dulu. Piena, adik-adik dan abah tak kuat tanpa mak. Kami semua perlukan mak. Mak penyeri rumah. Mak segalanya buat kami. LOVE YOU MAK! Simpan sini sebagai kenangan. Syurgaku.

Pasti meruntun jiwa seorang anak apabila melihat orang tua ditimbah musibah ataupun penyakit. Sebagai seorang anak, pasti ingin mencari jalan yang terbaik untuk menyelamatkan dan menyembuhkan penyakit yang menimpa mereka.

Hari ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nurul Shafina, berkongsi kisah duka yang harus ditanggun oleh dirinya sekeluarga. Nurul Shafina dengan merendah hati pohon doa daripada orang ramai untuk mendoakan ibunya yang kini sedang menderita sakit kanser.

Mohon semua sahabat & kenalan doakan…

Mak kepada gadis ini dikhabarkan sedang menderita penyakit kanser lidah yang kini berada ditahap yang keempat. Lebih terlihat sayu, Nurul Shafina turut memuat naik beberapa keping gambar emaknya itu.

Agak mengejutkan apabila terlihat perubahan yang besar sebelum dan semasa maknya itu menghidap penyakit kanser lidah ini.

Kami di Malauviral mendoakan agar ibu Piena kembali sihat seperti sediakala. Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan untuk ibu Piena, boleh sumbangkan ke akaun 161284049814 (Maybank) milik Nurul Shafina Mazani.

Sama-sama kita membantu ok! Semoga mendapat rahmat dari-Nya.
Dikuasakan oleh Blogger.