Ibu Panik Apabila Anak Ingin Tunjukkan Tempat Dia Jumpa Makhluk Pelik Sepertinya Ikan Tetapi Berkepala Buaya.
Seorang remaja terkejut dan kebingungan selepas menemui seekor makhluk aneh ketika dalam perjalanan ke sekolah. Makhluk yang kelihatan seperti hibrid buaya dan ikan itu ditemui di sebuah tebing terusan di Wales.
Menurut wanita itu makhluk tersebut terletak elok di tebing sungai seolah-olah ada orang yang sengaja meninggalkannya di situ.
Dia juga mengakui makhluk itu adalah haiwan yang sebenar dan bukan patung kerana baunya yang telah mulai busuk.
Haiwan yang berkepanjangan sekitar dua setengah kaki dan mempunyai hidung yang panjang serta berpuluh-puluh gigi tajam telah memeranjatkan ramai pejalan kaki di kawasan itu.
Walaupun spesis haiwan itu diselubungi misteri, ramai pengguna media sosial yang yakin bahawa ia adalah seekor alligator Gar, atau ikan mulut buaya.
Ikan mulut buaya boleh membesar sehingga 6 kaki dan mencecah berat lebih dari 100lb dalam habitat semulajadi mereka.
Aligator Gar tidak mempunyai kaitan dengan spesis buaya, walau bagaimanapun kepala ikan berkenaan yang menyerupai reptilia ganas itu serta giginya yang tajam seperti pisau cukur, tidak hairanlah ia disamakan dengan buaya.
Seorang jurucakap RSPCA meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tentang ikan berkenaan untuk tampil bagi mendapatkan penjelasan mengapa ikan tersebut ditinggalkan di situ.
Sumber: Wales Online
Post a Comment