Pertama Kali Bawa Bekal Pegi Set, Tq Sayang Harap Sedap - Aiman Hakim
Sebut sahaja Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson sudah tentu para peminat drama tanah air mengenali dua nama ini. Mana tidaknya. Kedua-dua pun kacak dan cantik jelita. Akhirnya segala teka teki perhubungan mereka berdua ini terjawab.
Baru-baru ini pasangan sama cantik sama padan Aiman dan Zahirah yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka. Majlis yang serba mewah dan meriah pasangan ini tular sebelum ini apabila kek chandier mereka di katakan sangat unik. Kek tersebut turut viral di luar negara. Kek yang di pasang terbalik dan di gantung lagi membuatkan ramai terpegun dengan kelainan di majlis perkahwinan mereka.
Menurut Aiman majlis tersebut hanya untuk gathering dan meluangkan lebih masa dengan saudara terdekat dan keluarga di sebabkan majlis resepsi sebelum ini membuatkan mereka terlalu mengejar masa dan terlalu banyak habis masa untuk bergambar.
Melalui update dari instagram Aiman beberapa jam lepas, dia memuat naik gambar Zahirah tengah masak bekal untuknya ke set. Kata Aiman dia tidak pernah membawa bekal pergi ke set ini adalah kali pertama. Bagus betul Zahirah bukan sahaja cantik rajin masak lagi.
Agak agak apa lah yang Zahirah masak tu ye, Terpukau pula dengan keaslian wajah Zahirah nampak sangat cantik walau tanpa secalit makeup. Beruntung Aiman dapat isteri natural beauty dan pandai masak.
Kalau mak dan ayah sama cantik sama padan sudah tentulah anak nanti comel kan? Tak sabar rasanya nak tunggu pasangan ni dapat cahaya mata.
Semoga hubungan suami isteri mereka kekal hingga hujung nyawa. Semoga bahagia!
Post a Comment