Saya Diberhentikan Kerja, Keluarga Kena Ugut Dan Pendidikan Saya Tergendala Kerana Sokong Tan Sri - Syed Saddiq
” SaIah satu sebab saya masuk poIitik adalah kerana Tan Sri (Muhyiddin). Saya tidak sanggup melihat seorang pejuang kebenaran dihiina, dimaaki dan dibuang oleh UMN0 kerana prinsip dan pendiriannya.”
Itu kata-kata Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilihat berterusan meluahkan isi hatinya selepas berbeza haluan dengan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sudah dianggap seperti bapanya.
Menerusi catatan terbaru di Facebooknya, Ahli Parlimen Muar itu turut memuat naik gambar bersama Muhyiddin yang diambil pada 2015.
” Sebagai anak muda, saya bangga ada seorang pemimpin seperti Tan Sri. Saya tidak mahu dia berdiri berseorangan. Dalam poIitik, dia seperti seorang ayah kepada saya,” luahnya.
Menurutnya, dia menghadapi semua halangan termasuk dibuang kerja kerana mahu bersama Muhyiddin.
” Saya dibuang kerja, keluarga saya diugut dan pendidikan saya tergendala kerana bersama Tan Sri. Saya tidak menyesal kerana saya tahu hati saya berada di tempat yang betul.
” Menang atau kaIah bukan matlamat utama. Prinsip perjuangan yang membak4r semangat saya.
” Minggu ini, minggu yang paling mencabar. Saya masuk poIitik untuk bersihkan poIitik, tetapi diminta menubuhkan sebuah kerajaan bersama dengan pemimpin poIitik yang saya lawan kerana rasu4h dan saIah guna kuasa,” katanya.
Katanya, dia tidak dapat menerima mereka yang terpalit dengan ratusan kes rasu4h diangkat sebagai pemimpin menerajui negara.
” Tan Sri, ayah saya, mungkin tidak rasa bersaIah tetapi saya tidak sanggup.
” Orang sama yang meninggalkan Tan Sri, buang Tan Sri, tik4m Tan Sri daripada belakang sekarang diangkat bersama dalam kerajaan.
” Minta maaf Tan Sri kerana tidak dapat bersama. Saya akan terus berusaha dan berdoa supaya prinsip perjuangan kita akan dijunjung melebihi kepentingan poIitik,” katanya.
Sementara itu dalam kenyataan yang dimuatnaik di Tweeter dua hari lalu, Syed Saddiq Abdul Rahman memberontak terhadap keputusan partinya Bersatu untuk membentuk kerajaan baru bersama Umno.
” Saya jadi ahli poIitik kerana di masa itu, negara saya dihiina, dikejii dan dimaIukan dengan saIah laku dan rasu4h di mata dunia.
” Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah negara yang lebih baik. Negara yang bebas rasu4h, dihormati dan bermaruah.
” Saya ingin tegaskan satu perkara, saya tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan golongan perasu4h, jauh sekali untuk mendirikan kerajaan bersama dengan mereka,” katanya dalam video yang dimuat naik di Twitter.
Syed Saddiq kemudian turut memberitahu beliau pasrah sekiranya parti itu akan mengambil tindakan disiplin ke atasnya.
Ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Syed Saddiq berkata, beliau memasuki poIitik dengan matlamat mahu menentang pemimpin yang terlibat dengan rasu4h.
Ahli parlimen Muar itu juga menegaskan beliau tidak setuju Bersatu bekerjasama dengan Umno secara en bloc terutama ketika ia adalah parti yang terbesar dalam kerajaan.
” Apabila saya menyatakan pendirian ini, kerana saya tak ingin bersekongk0l dengan pemimpin rasu4h dan jika tindakan (mahu) diambil ke atas saya, biarlah… kerana saya percaya dan berpegang kepada prinsip berani kerana benar,” katanya.
Nota# Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysia United.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : hmetro
Post a Comment