Pendedahan Hero Asal Ombak Rindu


Pendedahan Hero Asal Ombak Rindu

Sebelum ini ramai yang tidak tahu perkara ini, baru-baru ini pelakon Maya Karin membuat pendedahan yang sebenarnya aktor Aaron Aziz bukanlah hero asal semasa pembikinan filem Ombak Rindu yang diterbitkan pada tahun 2011.

Sebaliknya, Maya Karin berkata watak hariz yang dilakonkan Aaron Aziz ketika itu sepatutnya dijayakan oleh pelakon lain yang ketika itu terpaksa menolak watak tersebut.

"Small back story, hero sepatutnya pelakon lain, kemudian cancel sebab clash jadual.

"Tiba-tiba @aarondwiaziz datang dua hari sebelum penggambaran. Jadi, itulah cerita di belakang tabir Ombak Rindu," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.


Pendedahan Maya Karin itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengaikutnya.

Rata-rata mahu mengetahui gerangan hero asal yang sepatutnya bergandingan dengannya ketika itu.

Bagaimanapun, kata Maya Karin, biarlah hal itu terus menjadi rahsia.

Biarlah ia menjadi misteri," katanya yang menjawab soalan netizen di ruangan komen.

Maya Karin berkongsi hal tersebut selepas berkongsi kenangan sedekad selepas dia menjalani penggambaran filem tersebut.

"Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 penggambaran Ombak Rindu. Penerbit Ombak Rindu hantar gambar lama ini malam tadi dan say 'hai' dari India!

"Awal-awal saya sendiri ragu-ragu terima watak Izzah tapi dia percaya saya boleh lakukan. Terima kasih Sharad kerana yakin dan beri peluang kepada saya," tulisnya yang berkongsi gambarnya bersama Sharad Sharan.

Ombak Rindu merupakan filem pecah panggung arahan Osman Ali yang mencetuskan fenomenanya tersendiri.
Dikuasakan oleh Blogger.