Di Rumah Banyak Cicak? Awas Ini Kata Rasulullah
Berikut penjelasan mengenai bahaya cicak
Dalam dunia ruqyah, cicak juga termasuk dalam kategori makhluk pembawa sihir dan hendaklah dihapuskan.
Dalam sahih Muslim disebutkan : Barangsiapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan maka baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan kedua maka baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), dan jika pada pukulan ketiga maka baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang kedua).
Di dalam “al Mu’jam al Ausath” milik Thabrani dari hadith Aisyah berkata,”Aku mendengar bahawa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa yang membunuh cicak maka Allah akan menghapuskan tujuh kesalahan atasnya.”
Ibnu Majah meriwayatkan di dalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh bahwa dirinya menemui Aisyah dan melihat di rumahnya terdapat sebuah tombak yang tergeletak. Dia pun bertanya kepada Aisyah,”Wahai Ibu kaum mukminin apa yang engkau lakukan dengan tombak ini?” Aisyah menjawab,”Kami baru saja membunuh cicak-cicak.
Sesungguhnya Nabi saw pernah memberitahu kami bahawa tatkala Ibrahim as dilemparkan ke dalam api tidak ada satu pun binatang di bumi saat itu kecuali dia akan memadamkannya kecuali cicak yang meniup-niupkan apinya. Maka Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuhnya.” Kitab “az Zawaid” menyebutkan bahwa hadits Aisyah ini sahih dan orang-orangnya boleh dipercayai.
Namun demikian bukan bererti setiap kali kita melihat cicak harus dibunuh kerana perintah di dalam hadith tersebut bukanlah sebuah kewajiban akan tetapi disunnahkan untuk membunuh cicak.
Penyakit
Selain pembawa sihir, cicak juga merupakan pembawa kuman yang berbahaya. Tubuh cicak mengandungi bakteria berisiko iaitu bakteria Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang boleh mengakibatkan sakit perut dan boleh membahayakan kesihatan tubuh.
Najis Cicak
Dalam satu penelitian, najis cicak juga terbukti boleh menembusi plastik. Penelitian menunjukkan apabila kotoran cicak terkena handphone, kotoran tersebut boleh merosakkan skrin handphone.
Oleh itu, jika terdapat cicak di rumah berhati-hatilah. Sebaiknya kita hapuskan cicak-cicak tersebut.
Post a Comment