Disebabkan Terlalu Sedih, Ibu Angsa Ditemui M@ti
Bintang walaupun tidak berakal seperti manusia tetapi juga mempunyai hati dan perasaan. Kita tidak boleh memandang enteng dengan perkara ini. Sebab itulah kita seharusnya mengasihi haiwan dan binatang serta tidak boleh menyakiti mereka.
Seekor angsa betina dilaporkan m4ti kerana kecewa dan terlalu sedih apabila mendapati telurnya yang belum menetas dipecahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Kejadian berlaku di sebuah tasik di Manchester dimana angsa tersebut menyimpan telurnya yang masih belum menetas.
Menurut The Manchester Evening News, sekumpulan remaja lelaki dilaporkan telah melemparkan batu-bata ke arah sarangnya. Batu-bata tersebut telah merosakkan sarang dan membunuh 3 ekor anak angsa tersebut yang masih belum menetas.
Berikutan serangan tersebut, aktivis hidupan liar menyatakan bahawa 2 lagi telur angsa tersebut telah pecah. Pasangan angsa itu juga dipercayai telah meninggalkannya kerana tekanan.
Selepas kehilangan telur kelima, angsa tersebut ditemui m4ti di dalam sarangnya pada Khamis lalu.
Kita berharap kejadian seperti ini tidak lagi berlaku pada masa yang akan datang. Semoga angsa terus terpelihara.
Post a Comment