Huru-Hara Pejabat Pos Kerana Durian, 12 Orang Jatuh Sakit



Ramai yang menggemari buah durian kerana rasanya yang sedap meskipun bergelar raja buah, tidak semua sukakan durian terutamanya orang barat. Isi buahnya mengeluarkan bau dan aroma tersendiri yang kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka.

Namun siapa menyangka, bau yang kuat sebegitu boleh menyebabkan 12 orang jatuh sakit di Jerman.

Menerusi CNN, 12 pekerja pejabat pos di Schweinfurt, Bavaria jerman telah dirawat dengan 6 dari nya terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami loya dan dan mabuk teruk setelah menghidu satu aroma bau yang tajam dan kuat dari bungkusan parcel yang sebenanrnya mengandungi durian.

Atas faktor keselamatan mereka kemudian memohon bantuan pasukan polis, bomba dan perubatan untuk memeriksa isi didalam bungkusan tersebut.

Bau yang begitu mencurigakan menyebabkan polis berkeputusan membawa kesemua 60 orang baki pekerja yang berada di bangunan untuk keluar sebelum mereka dan pasukan bomba membuka parcel tersebut.

“Oleh kerana kandungan bungkusan itu tidak diketahui dan tidak jelas, ia dianggap sebagai barang berisiko tinggi,” kata polis Schweinfurt dalam satu kenyataan.

Hasil pemeriksaan ternyata ia hanyalah empat buah durian Thailand milik seorang penduduk Schweinfurt yang ingin dihantar kepada seorang rakannya yang tinggal di Nuremberg, Jerman.

12 pekerja yang mendapatkan rawatan di hospital itu mengadu loya. Enam yang lain pula dibawa ke hospital tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Kejadian sebegini bukan kali pertama berlaku dimana sebelum ini sebuah perpustakaan di Universiti Canberra terpaksa dikosongkan kerana didakwa terdapat kebocoran sedangkan ianya sebenarnya datang dari bau sebuah durian.

Dikuasakan oleh Blogger.