Jasad Tidak Diterima Bumi, Meninggal Dalam Keadaan Hina


Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasminya kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung iaitu Khilafah Islamiyyah. Orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah adalah Mustafa Kemal Ataturk.

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La'natullah Mustafa Kemal Ataturk melalui konspirasi jahat kafir Barat.

Mustafa Kemal Ataturk merupakan pengasas Republik Turki. Dia juga merupakan pegawai tentera, pemimipin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama. Kemal Ataturk telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora kini dikenali sebagai Ankara.

Kemal Ataturk telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudiannya dipanggil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular. Kemal Ataturk telah memperkenalkan sistem sekularisme di Turki.

Kemal Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan bermacam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Mustafa Kemal Ataturk dilahirkan pada tahun 1881 dan meninggal dunia pada tahun 1938.

Kemal Ataturk telah membuat undang-undang yang bercanggah dengan ajaran Islam, antaranya ialah:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi.

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Dia sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di ankara.

4. Dia pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden".

5. Menggalakan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan dia di bandar Belikesir di mana dia dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan seharian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai agama rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang solat secara berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dan dimana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askarnya menjawab "Kemal Ataturk adalah tuhan", dia tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Disaat akhir hayat Kemal Ataturk, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada dia sehingga dia terseksa, antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana dia merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan dia.

Apa yang telah dilakukan tidak dapat menghilangkan panas. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, dia menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan dengan jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar dia ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan dia akan merasa sejuk. Panasnya tidak hilang juga.

Pada 26 September 1938, dia pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan selepas itu dia sedar tetapi hilang ingatan. Pada 9 November 1938, dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu dia meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan, dan menyembahyangkan mayat dia.

Mayatnya diawet selama 9 hari 9 malam. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Mayatnya diawet sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium selama 15 tahun. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula tetapi bumi sekali lagi tidak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan di dalam keranda timah dan dibawa ke satu bukit ditanam dalam binaan marmar beratnya 44 tan.

Ulama-ulama sezaman dengan Kemal Ataturk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak akan menerima Kemal Ataturk.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.