Akhirnya Vaksin Bagi Merawat Jangkitan C0vid-19 Berjaya Dihasilkan
Presidennya, Vladimir Putin mengumumkan perkara itu dan memaklumkan anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin terbabit.
"Pagi tadi, buat pertama kalinya di dunia, satu vaksin merawat C0VID-19 didaftarkan di Rusia.
"Salah seorang anak perempuan saya sudah menerima vaksin tersebut. Dia juga terlibat dalam eksperimen itu," jelasnya.
Katanya, pendaftaran oleh kerajaan itu menjadikan negaranya yang pertama di dunia mendaftarkan vaksin C0VID-19 selepas ujian klinikal diselesaikan dalam tempoh kurang dua bulan, dengan ujian fasa ketiga akan dimulakan tidak lama lagi.
Akhir Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan terdapat 26 vaksin berpotensi pada peringkat penilaian termasuk satu yang didaftarkan di Rusia, dibangunkan Institut Penyelidikan Saintifik Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya.
Pendaftaran vaksin berkenaan diperkatakan awal bulan ini, dengan Menteri Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko, memberitahu media bahawa ujian klinikal vaksin itu sudah selesai.
Post a Comment