Kemelut Balu Abam Dan Ali Puteh, Achey Akui Pernah Beri Saranan Bersama Fad Tetapi Tidak Diterima
Achɛy dan Fad sebelum ini seperti dilaporkan pernah menyarankan kepada kedua-dua pihak untuk menyɛlesaikan konflik tersebut secara tertutup namun menjelaskan ianya tidak diterima.
“Sedih apabila perkara ini berlaku. Saya dan Fad ada menghubungi kedua-dua belah pihak dan menyarankan agar perbincangan diadakan secara musyawarah.
“Kita ada hukum Islam yang boleh diikuti dan dengan itu, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Namun, nampaknya saranan kami tidak diterima,” katanya.
K0nflik antara kedua-duanya berhubung isu faraid berlarutan dengan Ali pada semalam memfailkan saman balas terhadap bekas kakak iparnya itu selepas dia terlebih dahulu disaman sebelum ini.
Nor Hidayah yang ditemubual wartawan selepas sebutan kes tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada semalam bagaiamanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai saman tersebut dan percaya kebenaran akan terb0ngkar suatu hari nanti.
Saranan untuk menyelesaikan kɛmelut itu menurut Achey diberikan kerana tidak mahu ia memberi kesan kepada anak arwah Abam Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Beliau bagaimanapun menjelaskan dirinya dengan Fad mempunyai batasan untuk masuk campur dalam urusan keluarga tersebut.
“Bukan apa. Kalau kemelut ini berterusan saya takut ia memberi kesan kepada Hamzah apabila dia sudah dewasa nanti.
“Tapi, saya dan Fad pun ada batasan kerana kami tak boleh terlalu masuk campur memandangkan kami bukanlah ahli keluarga,” katanya.
Post a Comment