Peserta Ujian Vaksin C0VID-19 Mengalami 'Pɛnyakit Mistɛri'

 


Syarikat farmaseutikal AstraZeneca, semalam memaklumkan bahawa pemberhentian sementara ujian klinikal vaksin C0VID-19 secara sukarela, yang disifatkannya sebagai tindakan rutin.

Keputusan terbabit dibuat selepas seorang peserta ujian klinikal vaksin itu dikesan mengalami pɛnyakit yang tidak dapat dijelaskan.

Syarikat itu, yang sedang membangunkan vaksin berkenan bersama Universiti Oxford, adalah pendahulu dalam usaha global untuk menghasilkan vaksin C0VID-19.

Jurucakapnya menyifatkan tindakan itu sebagai sebahagian daripada prosedur ujian vaksin C0VID-19 Oxford secara rawak dan terkawal.

"Ia selaras dengan standard proses penelitian kami dan kami secara sukarela menghentikan sementara ujian untuk data keselamatan diteliti oleh jawatankuasa bebas.

"Ini adalah tindakan rutin setiap kali wujudnya pɛnyakit yang tidak dijelaskan dalam ujian, untuk siasatan dilakukan bagi memastikan integriti ujian dikekalkan," katanya.

Tambah beliau, dalam ujian klinikal yang besar, pɛnyakit kadang-kala wujud dan ia perlu diteliti secara bebas sebelum meneruskan ujian.

"Kami sedang berusaha untuk mempercepat penelitian satu kɛs ini bagi meminimumkan kemungkinan kesan pada tempoh ujian," katanya.

Ketika ini, tidak dapat dipastikan lokasi pɛsakit itu atau sejauh mana kesan pɛnyakit berkenaan.

Pemberhentian sementara waktu ujian klinikal bukan sesuatu yang luar biasa, namun ini adalah yang pertama bagi ujian klinikal vaksin C0VID-19.

AstraZeneca adalah antara sembilan syarikat melakukan ujian klinikal peringkat akhir Fasa 3 membabitkan peserta vaksin itu, yang mana di Amerika Syarikat (AS), syarikat itu menerima 30,000 peserta di 12 lokasi pada 31 Ogos lalu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.