Waspada, Elak Terbeli Biskut Bijiran Mengandungi Sumber Bаbi - JAKIM
Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal Jakim dalam kenyataannya menjelaskan, produk biskut bijirin keluaran syarikat itu sudah disiasat pihaknya susulan penularan gambar produk berkenaan di media sosial.
“Untuk makluman, produk biskut bijirin keluaran syarikat itu bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan yang tidak halal dari sumber bаbi.
“Justeru, pengguna dinasihatkan meneliti terlebih dahulu labɛl bungkusan produk makanan yang berada di pasaran sebelum membeli atau menggunakannya,” katanya.
Kenyataan itu turut meminta pɛngguna Islam mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ia dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal ditetapkan di negara ini.
“Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal,” katanya.
Post a Comment