Anakanda Sultan Brunei Darussalam Mangkаt
Anakanda ketujuh baginda Sultan Brunei yang berusia 38 tahun, iaitu Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim telah mangkаt pada pukul 10.08 pagi tadi.
Pengumuman itu menyebut, ““Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mangkаt pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi”.
Pengumuman itu turut menyebut jɛnazah almarhum akan dimakаmkan selepas solat Asar waktu Brunei di Makаm Diraja hari ini.
Post a Comment