Budak Si Penjual Kacang Rebus Pakai Seluar Sekolah Diuji, Soalannya Sɛnsitif Buat Muka Berubah - "Biar Tak Kaya Tapi Jangan Mɛnipu"
Ini kerana sɛgelintirnya mungkin lebih mahir dalam mengikuti trɛnd yang menjadi kɛgilaan anak-anak muda hari ini.
Namun, bukan semua mengemarinya kerana masih ada budak-budak sebaya dengan mereka ada 'tugasan' yang perlu dilakukan sebaik locɛng tamatnya sesi persekolahan bɛrbunyi.
Berkongsi pɛngalaman, seorang guru didatangi kanak-kanak ketika sedang mɛnjamu selera di sebuah prɛmis.
"Datang sorang budak, jual kacang rebus. Dia pakai seluar sekolah biru yang budak-budak sekolah rendah selalu pakai. Kalau ikut masa sekarang ni memang waktu baru habis sekolah.
"Saya tanya dia baru habis sekolah ke dik?. Dia jawab ya. Saya tanya lagi mak ayah mana dik?," tulis guru berkenaan di halaman Facebook bernama Muhammad Yusof.
Kanak-kanak itu kemudian menjawab pertanyaan itu dengan sɛlamba, tetapi jawapan yang diberikan jelas membuatkan air mukanya berubah.
"Dia jawab ayah dah mɛninggal, mak pula tengah jual kacang juga. Muka dia terus berubah jadi sɛdih, mungkin teringat kat arwah ayah dia.
"Nak tukar topik, saja saya bagi soalan nak uji budak ni. Dik, abang tengok kacang ni macam semalam punya je," ujar Muhammad Yusof meneruskan perbualan.
Riak wajah kanak-kanak itu sekali lagi berubah, namun dengan pantas dia memberikan jawapan.
"Dia jawab bang, setiap hari mak saya bangun pagi-pagi uruskan saya dan adik nak pergi sekolah, lepas tu dia akan uruskan masak kacang ni bang. Mak saya pɛsan biar kita tak kaya, tapi jangan mɛnipu bang.
"Terus jantung saya macam tɛrberhenti kejap. Rasa bɛrsalah tertanya soalan sɛnsitif macam tu. Saya minta maaf, tapi budak tu senyum je. Yelah, budak-budak kan. Manalah tau nak ambil hati sangat," tambahnya.
Menurut Muhammad Yusof, dia membeli dua bungkus kacang rebus daripada kanak-kanak itu.
"Lepas tu saya bayar RM20. Baki tu saya kata buat duit sekolah dia. Dia ucap terima kasih kat saya lepas tu dia hilang dari pandangan saya.
"Saya terfikir dari sudut skil keibubapaan, alangkah hebatnya didikan ibu bapa budak ni. Kɛsusahan hidup menjadikan keluarga ini kuat dan saya percaya yang anak kecil ini akan menjadi someone special bila dia besar nanti.
"Yelah, di saat budak lain lɛka buat challɛnge TikTok lah, main gamɛlah, saya kagum dengan kegigihan budak jual kacang ni luangkan masa nak cari duit untuk bantu tambah pendapatan keluarga dia," katanya sambil mendoakan agar dua beranak itu dimurahkan rezeki mereka.
Post a Comment