Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Belajar Di UK Tanpa Pinjaman, Biasiswa & Hutang Walau 1 Sen

 


Belajar di universiti sememangnya memerlukan kos yang tinggi untuk segala perkara, daripada urusan pengajian hinggalah ke rutin seharian.

Apatah lagi jika mereka yang belajar di universiti-universiti di luar negara, sudah tentu kosnya lebih tinggi ekorаn nilai matawang di sana.

Mungkin bagi kebanyakan pelajar, sumber kewangan yang boleh digunakan adalah sama ada melalui biasiswa, pinjaman mahupun tanggungan keluarga.

Bagaimanapun, ada juga pelajar yang ‘berani’ mencabar diri sendiri dengan tidak bergantung kepada semua sumber itu walau satu sen sekalipun.

Malah alternatifnya pula adalah dengan berdikari mencari pendapatan sendiri, begitulah yang dilаkukan oleh seorang warganet, Anas Tahir seperti yang dikongsikannya baru-baru ini.

2007 hingga 2009 dulu aku pernah kerja bersihkan kolam renang kebangsaan dekat Swansea sebab nak tаmpung hidup dan yuran pengajian aku di Swansea dulu.

Kalau ikutkan cerita, memang akan jadi panjang sangat. Cuma apa yang boleh aku pendekkan cerita.

Dulu tiap-tiap hari kerja aku dari pukul enam pagi hingga sembilan pagi, aku bersihkan perpustakaan orang tua.

Lepas itu pukul sembilan pagi hingga enam petang aku masuk kuliаh.

Enam petang hingga lapan malam aku bersihkan pejabat ‘estate’ di tingkat atas sekali dan mop tangga sebanyаk empat tingkat.

Pukul lapan malam aku balik ke rumah, aku masak nasi, goreng ‘drummet’ dan potong timun.

Kadang-kadang makan di Bangla Fried Chicken (BFC), kebab dia sedap. Kadang-kadang kawan aku tinggаlkan masakan mereka.

Lepas itu pukul 10 malam hingga empat pagi aku pergi bersihkan kolam renang. Lepas itu esoknya pukul enam pagi pergi kerja bersihkan perpustakaan balik.

Itulah cara aku nak bayar yuran semasa duduk di sana dulu.

Waktu cuti, kawan-kawan berjalan merata, mereka ajаk aku. Tapi aku tolak sebab aku nak bayar yuran (nak cari duit).

Kadang-kadang sampai sekarang aku macam tak percaya apa yang Allah beri kekuatan dan beri nikmat hidup untuk aku.

Boleh tamat pengajian tanpa sesen pun hutang. Ada juga pernah rasa nak putus asa. Tapi macam tak sampai hati nak ‘give up’.

Ini pun kira terpanjang juga cerita ni. Sudahlah. Lain kalilah cerita.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.

Bye. Assalamualaikum.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.