Ramai Yang Tak Sedar Ini Yang Akan Terjadi Jika Minum Air Panas Dalam Botol Yang Ada Dalam Kereta

 


Air terdedah sinaran matahari dan panas melampau akan mendorong kepada barаh.
Ketua Sub-Kluster Sains Kesihatan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Jamaludin Mohamed berkata, secara logiknya, air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barаh.

“Tetapi ia tidak khusus kepada barаh payudаra, tetapi kepada semua jenis barаh sama ada barаh payudаra, usus dan sebagainya,” katanya berhubung mesej viral yang tersebar luas berhubung bekas botol air plastik terdedah dalam panas boleh menyebabkan barаh payudаra.

Berdasarkan mesej viral itu, artis antarabangsa Sheryl Crow menghidap barаh dengan meminum air daripada botol yang terdedah panas dan ia juga dikatakan menjadi penyebab paling utama kepada kаnser payudаra terutamanya di Australia.

“Wanita tidak boleh minum minuman yang sudah lama di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia yang boleh menyebabkan barаh,” menurut mesej itu.

Menurutnya, oleh sebab itu, adalah tidak digalakkan sama sekali untuk meminum air yang sudah lama ditinggalkan di dalam panas dan disarankan untuk membuang sahaja air berkenaan.

Katanya, ia tidak hanya kepada botol air yang terdedah kepada panas di dalam kereta, tetapi di mana sahaja selagi ia telah terdedah kepada sinaran matahari dan panas.

Bagaimanapun, Jamaludin menafikan penggunaan bekas keluli tahan karat ataupun kaca sebagai alternatif kepada bekas plastik.

Katanya, apa sahaja air yang terdedah kepada panas dalam pelbagai bentuk adalah tidak mampu mengelakkan air itu bebas daripada menghasilkan bahan-bahan toksik berkenaan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.