"Nanti Saya Masuk Tabung Masjid Kak" - Pelanggan Ubah Fikiran Tak Halalkan Duit Lebih Untuk 'Rider', Marah Makanan Dihantar Tak Cukup
Malah, pelbagai kisah suka duka dalam kerjaya itu sering tular di media sosial sehingga mendapat perhatian netizen.
Kali ini, seorang rider dikenali sebagai Khairul Haffendy Othman turut meraih perhatian ramai selepas berkongsi mesej yang diterimanya daripada seorang pelanggan.
Menurut mesej WhatsApp itu, seorang pelanggan memaklumkan dia tidak menghalalkan wang yang telah dibayarnya kerana makanan yang dihantar pemuda itu tidak mencukupi.
"Dik, kak tak halalkan duit terlebih kak bagi. Sebab makanan tak cukup. Call center pun tak dapat," tulis pelangan itu kepada Khairul Haffendy.
Tidak cepat melenting, pemuda itu bagaimanapun membalas mesej berkenaan dan menjelaskan dia hanyalah seorang rider dan sama sekali tiada kaitan dengan kerja-kerja penyediaan makanan itu.
"Kak saya hantar yang mana kedai bagi kak," tulisnya.
Lebih mengejutkan, Khairul Haffendy turut memberitahu wanita itu bahawa dia sudah menyedekahkan wang sebanyak RM2 yang tidak dihalalkan wanita itu ke tabung sebuah masjid.
"Kak terima kasih kerana tak halal duit RM2 kak tu.
"Duit tu nanti saya masuk tabung masjid kak.
"Saya tak mahu rosak rezeki saya dengan famili," balasnya.
Bukan sekadar omong kosong, dia selepas itu turut menghantar gambar tabung besi Masjid Sembilang Seberang Jaya, Pulau Pinang sebagai bukti kata-katanya kepada wanita itu.
Paparan perbualan itu kemudiannya turut dimuat naik di Facebook miliknya sehingga meraih hampir 5,000 perkongsian.
Malah, hampir 1,000 komen turut ditinggalkan netizen, rata-ratanya berpihak kepada Khairul Haffendy.
Kata netizen, mereka simpati dengan nasib rider itu dan turut mengutuk keras sikap wanita berkenaan.
“Kak RM2 je, bukan RM2,000 mahupun 2 juta. Otak kak tertinggal kat perhentian bas mana yang terlupa nak fikir benda kecil macam ni?”
“Makanan tak cukup? Dia ingat rider tu masak sendiri ke apa?”
“Wei haritu makan aku order lain dapat lain aku complaint through live chat elok je foodpanda refund duit aku.”
“Sombongnya kau kak.”
Post a Comment