Abang Tesla Akhirnya Buka Mulut Isu Kahwin 2, Tak Sangka Ini Sebenarnya Terjadi
Sejak semalam sehingga hari ini nampaknya isu mengenai Abang Tesla kahwin 2 belum lagi reda apabila ramai netizen yang memberikan ulasan dan pendapat masing-masing. Ini adalah ekoran daripada video "kahwin ke-2" Abang Tesla yang dimuatnaik di akaun media sosial beliau sejak semalam.
Nama Abang Tesla menjadi topik bualan hangat wargamaya selepas dia mengumumkan telah berkahwin sekali lagi.
Tindakan beliau memuatnaik video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada netizen yang menyokong malah ada juga yang mengeluarkan kata-kata yang kurang elok terhadapnya.
Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, menjelaskan bahawa orang ramai tidak faham mengenai maksud sebenar poligami. Katanya, proses poligami telah membuatkan dirinya lebih menghargai sesuatu.
Satu Malaysia kecam saya, awak (isteri pertama) tahu kan pasal itu. Saya nak salahkan mereka pun tak boleh.
Ramai yang buat poligami tapi ikut jalan yang salah, tak buat dengan betul. Kalau nak ikutkan kecaman dengan sakit hati awak, lagi sakit hati awak.
Ramai yang tanya, tak sayang bini ke? Bukan tak sayang, tapi apa yang saya belajar sepanjang proses nak poligami ini, perbetulkan apa yang silap. Ternyata ramai yang tak faham ayat perbetulkan apa yang silap.
Apa yang saya nampak di sini, saya lebih menghargai. Kalau dulu saya tak menghargai sesuatu itu.
Abang Tesla berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran video terbaharu di Instagram miliknya. Bagaimanapun, buat masa ini video tersebut telah dipadam.
Tambahannya lagi, dia berkata seorang isteri mudah untuk masuk ke dalam syurga sekiranya taat pada Allah dan suami.
Ada yang tanya, kalau sayang kenapa kahwin dua. Saya rasa apa yang ustaz cakap itu sama, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai. Itu yang saya dapat, bila saya jauh saya rasa benda itu.
Mungkin ramai yang salah tafsir soal poligami, ramai perempuan di luar sana kata tidak adil. Allah itu Maha Adil, perempuan senang masuk syurga, senang masuk neraka.
Kenapa senang masuk syurga? Perempuan nak masuk syurga hanya taat pada Allah dan suami. Kenapa senang masuk neraka? Sebab perempuan tidak taat pada Allah dan suami.
Abang Tesla berkata, poligami haruslah dipandang dari sudut yang positif.
Poligami Buat Dirinya Bertambah Sayang Pada Isteri Pertama
Jelas Abang Tesla lagi, disebabkan poligami dirinya bertambah sayang pada isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.
Perkara itu orang lain tak faham, mereka hanya kaitkan dengan nafsu semata-mata. Bila pandang poligami dengan indah, kita akan nampak yang indah. Kalau pandang dengan sudut negatif, begitulah yang terjadi di Malaysia, nak cakap pun susah.
Kita tak boleh nak tutup mulut orang, tak boleh nak cakap apa-apa. Awak sahaja yang tahu saya macam mana.
Saya tahu Allah mampu berbolak balik hati manusia sekelip mata, tapi apa yang saya belajar sekarang ini adalah erti menghargai. Dulu kita berdua pernah rasa berjauhan, daripada situ dah mula belajar. Kalau nak cakap tak sayang itu, sumpah makin sayang.
Saya nak pesan pada orang ramai, jagalah percakapan kita. Sebab kita tidak tahu perkara macam ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Hormatilah dan hargailah isteri, takutlah pada Allah.
Sehingga artikel ini ditulis, masih ramai lagi wargamaya masih bercakap mengenai Abang Tesla setelah video yang memaparkan dirinya berkahwin yang kedua kali menjadi tular di media sosial.
Post a Comment