Masih Ingat Pelakon Tam Cili Padi? Lama Tak Berlakon Tapi Pencapaian Dia Sekarang Hebat
Tam Suhaimi , 38, mendapat perhatian ramai menerusi kehidupan awalnya apabila drama tv, Cili Padi mendapat perhatian ramai. Dia yang memegang watak Salim, abang kepada Syafiq (Nik Fariz Nik Fazil) menjadi pujaan ramai kanak-kanak dan remaja era 90 an kerana sifatnya yang kecil molek. Disamping teraju utama Jaafar Onn, Melissa Saila dan Zizie Ezette.
Susuk Tubuh Kecil
Beliau juga menambah “Kali terakhir saya muncul dalam telefilem Mama Zumba, dua tahun lalu. Itupun selepas dipaksa Liyana Jasmay. Dia juga mempelawa saya untuk berlakon dalam filem sulung terbitan syarikat produksinya, Mermaid Studios berjudul Bella & Jamie,”.
Kerja di Sebalik Tabir dan Mengarah
Tam yang diperkenalkan menerusi drama Nur Islam di TV3 berkata, dia mula aktif mengarah sejak tahun 2013. “Berada di balik tabir bukan perkara asing kerana saya sudah melakukannya sejak usia 16 tahun. Saya pernah diberi kepercayaan sebagai penolong pengarah untuk produksi terbitan Erma Fatima, Bade, Aziz M 0sman dan Melissa Saila.
“Aziz juga pernah mencabar saya untuk menulis skrip, namun hanya pada tahun 2013, baru saya berani melangkah ke dunia pengarahan,” katanya.
Perjalanan Kerjaya
Walaupun masih baru, Tam meluahkan rasa syukur apabila telefilem arahannya, Menantu Material tersenarai sebagai finalis Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) dalam kategori Drama Terbaik, namun tewas kepada karya hasil daripada Erma, Pesan Dari Tuhan.
“Secara peribadi, ia pencapaian terbesar kerana saya bersaing dengan nama berpengaruh dan jauh lebih berpengalaman. Sudah lama saya tidak menerima undangan ke acara itu, membuatkan saya tidak menyangka mampu melangkah sejauh itu” tambahnya lagi.
Menerusi telefilem Pengancam Perkahwinan, Tam pernah di iktiraf sebagai Pengarah Komedi Terbaik pada Anugerah Lawak Warna 2014. Yang paling dinanti nantikan adalah telefilem terbaru arahannya , Cinta Tanpa Syarat yang menggabungkan pelakon hebat Elfira Loy dan Harris Baba sedang menanti untuk ditayangkan.
Post a Comment