Ratu Rock Negara Malu Besar, FBnya Digodam Habis Keluar Video Aksi Tak Senon0h
Baru-baru ini Ella yang merupakan Ratu Rock negara tiba-tiba mengejutkan ramai peminatnya apabila akaun facebook rasminya telah memaparkan video aksi tidak senon0h.
Ella, telah mengumumkan bahawa akaun Facebook miliknya telah dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada petang Khamis. Dalam pengumuman tersebut, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin yang berusia 57 tahun, juga meluahkan perasaan sedihnya terhadap tindakan tersebut. "Akaun Facebook milik Ella Aminuddin telah dirampas. Saya berasa sangat sedih," katanya.
Penyanyi ini kemudian menulis perkara tersebut di laman Instagram peribadinya setelah sedar akan kejadian tersebut. Menyusul itu, Ella dan pasukan pengurusannya akan mengambil tindakan dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis. Mereka juga akan memberikan maklumat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
"Kami sedang berusaha untuk melaporkan perkara ini kepada Polis DiRaja Malaysia dan memberikan maklumat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut," demikian kenyataan di laman Instagram milik Ella.
Pada masa yang sama, melalui tinjauan kami, terdapat sebuah video yang memaparkan beberapa tindakan kurang sopan oleh artis antarabangsa yang dimuat naik di Facebook berkenaan.
Antara aksi tersebut adalah tindakan penyanyi Robbie Williams yang mencium puunggung seorang wanita semasa persembahan konsert.
Video tersebut dimuat naik di laman Facebook yang mempunyai lebih daripada 516,000 pengikut pada hari Khamis. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 50,000 kali dan dikongsi semula oleh 63 pengguna.
Kali terakhir Ella mengemas kini laman Facebooknya adalah pada 6 Julai 2022. Sementara itu, dalam ruang komen video tersebut, rata-rata individu meluahkan perasaan terkejut apabila Ella memuat naik video yang mempunyai elemen tidak senon0h.
Post a Comment