Walaupun Umur Dah 80 Tahun, Wajah Dato' Sarimah Masih Berseri-Seri. Ramai Tak Sangka
Beliau banyak membintangi filem-filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seperti filem Ali Baba Bujang Lapok, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, Tiga Abdul. Ianya antara filem yang masih diingati dan ditonton sehingga kini.
Arus masa terus bergerak meninggalkan kita, zaman gemerlapan Dato Sarimah ini hanyalah tinggal kenangan, mengiringi usia yang semakin meningkat, beliau telah lama meninggalkan dunia glamour dan lebih selesa menjalani kehidupan seperti orang biasa yang sederhana dan tidak menjadi tumpuan orang. Beliau kini bahagia dengan anak dan cucu kesayangan beliau.
Walaupun beliau selesa dalam keadaan demikian, beliau tetap menjadi perhatian media massa dan menjadi tumpuan lensa yang amat merindui sosok seniwati lagenda ini. Kali terakhir beliau tampil di kaca tv adalah dalam filem Momok The Movie yang ditayangkan pada tahun 2009, itupun hanya sebagai penampilan khas.
Perkembangan terbaru mengenai beliau, dalam usaha untuk menghargai jasa dan penglibatan Dato Sarimah dalam industri perfileman negara, dalam Festival Filem Malaysia yang ke-32 telah menganugerahkan Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman.
Pada majlis anugerah tersebut, beliau tidak dapat hadir,beliau telah diwakili oleh anak perempuannya. Sumber Finas memaklumkan, Dr Md Nasir Ibrahim telah menyerahkan sendiri secara rasmi Trofi tersebut kepada Seniwati Sarimah Ahmad.
Dari sumber Bebas News " Saya amat berbesar hati apabila dapat berjumpa dan menyerahkan trofi ini kepada Dato Sarimah. Beliau adalah seniwati yang telah memberi sumbangan dalam mewarnai industri perfileman tanah air sejak 61 tahun yang lepas, beliau bermula dalam filem pertamanya Ali Baba Bujang Lapok, saya sangat menghormati dan menyanjungi beliau.
Apa yang menarik perhatian warganet, sudah pastinya bagaimana keadaan paras rupa seniwati Sarimah yang terkini, apa yang mengejutkan beliau masih lagi kekal anggun di usia 80 tahun.
Bukti ini dapat dilihat dalam beberapa keping foto yang diambil oleh Finas semasa pihaknya menyantuni beliau untuk sesi penyerahan trofi itu sekitar bulan April yang lalu. Dato Sarimah tetap cantik dan anggun di usianya kini walaupun badannya kelihatan lebih kurus pada masa ini.
Kongsi Dato Sarimah" Alhamdulilah, saya tetap sihat, sihat orang tua" jelasnya tentang kesihatan beliau selepas ditanya.
Beliau turut ditanya, sekiranya ada pihak ingin menjemputnya berlakon semula, Dato Sarimah hanya tersenyum dan membalas
"Ada beberapa syarikat penerbitan yang telah mengundang saya untuk berlakon filem dalam satu babak sebagai penampilan khas dengan bayaran yang agak lumayan, tapi saya menolak. Bukan sebab demand tetapi di usia begini saya dah fikir tentang itu, saya lebih memikirkan tentang kesihatan saya yang perlu dijaga".
Sudah pastinya, selepas perkongsian ini, ramai lagi yang masih merindui sosok seniwati yang tiada ganti ini. Semoga beliau terus dikurniakan kesihatan dan berada dalam lindunganNya. Inilah doa peminat buat Dato Sarimah Ahmad Seniwati Lagenda Tanah Air. Lakonan beliau dalam filem-filem terdahulu telah meninggalkan kesan buat kita sehingga ke hari ini, kita doakan yang terbaik buat beliau dan keluarga beliau.
Post a Comment