Bila Saya Cakap JuaI Kayu Api, Ramai Kawan-Kawan Yang Gelakkan Saya, "Ada Ke Orang Beli Kayu Api Kat KL Ni?" Dia Tak Tahu Income Saya RM600 Sehari
Lain orang lain cita-cita. Pernahkah anda teringat kembali, semasa kecil dahulu, anda biasa ditanya apakah cita-cita apabila sudah dewasa nanti. Jika anda bandingkan dengan pekerjaan anda sekarang setelah dewasa, pasti akan terasa lucu dan mencuit hati.
Lihat sahajalah sekarang, sudah semestinya anda tidak akan menyangka cita-cita anda dengan pekerjaan sekarang sudah jauh berbeza.Normalnya sejak kecil lagi, kita memang sudah ditanya terutamanya guru-guru di sekolah "besar nanti cita-cita apa?" dan jawapan biasa yang akan dijawab ialah "cikgu, doktor, peguam, bomba dan yang sama waktu dengannya".
Tidak pernah lagi dalam keadaan tertentu seorang budak kecil menjawab hendak jadi tukang kebun, agen insurans, rider atau penjual produk. Namun itulah realiti yang perlu dihadapi apabila tiba masa dewasa.
Begitulah kisahnya tentang Mohamad Ammar Sobri dengan bisnesnya yang menjual unggun kayu api Bye The Shepherd. Pada awalnya Ammar hanya lakukannya sebagai kerja sampingan. Hanya sekadar mencuba, tak sangka akhirnya membuahkan hasil.
Namun kerja-kerja yang sinonim dilakukan di kampung ini tidak semestinya tidak bagus. Orang cakap 'hanya jauhari yang mengenal manikam'. Pekerjaan yang kita tidak ketahui hujung pangkalnya tidak boleh kita terus menilai, mungkin kerjanya memperoleh pendapatan hingga berpuluh ribu sebulan.
Jangan sekadar tengok slip gaji semata-mata, asalkan pekerjaan itu berkat, halal dan boleh menyelesaikan masalah orang lain, itulah sebaik-baik pekerjaan.
"Sebenarnya saya sendiri pun tak pernah terfikir boleh menjual kayu api ni, asalnya saya nak mencuba menu daging yang berasaskan salai. Sebelum ini saya menggunakan arang untuk membakar daging tapi kali ini saya cuba menggunakan kayu api.
Ammar yang berusia 33 tahun itu berasal dari Kepala Batas Pulau Pinang dan ada menjalankan perniagaan jualan kambing golek serta menggunakan kayu api sejak awal 2021 lagi bagi menggantikan arang.
Ammar turut berkongsi perbezaan daging smoked yang disediakannya berbeza dengan daging salai yang biasa boleh dapat di pasaran.
Sebelum ini, Ammar menjual kayu api hanya sekadar untuk menampung pendapatan perniagaan kambing perap dan golek yang agak terjejas semasa pandemik Covid-19.
"Semasa saya sedang buat daging smoked, ada juga rakan saya yang tanya kenapa tidak jadikan kayu api ini untuk tolong orang yang minat dengan aktiviti perkhemahan dan juga mahu adakan aktiviti barbeku (BBQ). Dari pertanyaan itu, saya mula berfikir dan mencuba peluang ini, tambah lagi saya sekeluarga pun memang suka berkhemah", kongsinya dalam temubual di premis perniagaannya di Kajang Selangor.

Selepas itu, Ammar membuat keputusan untuk jadikan jualan kayu api sebagai satu lagi sumber pendapatan selepas yakin akan potensi dan menyasarkan jualan itu kepada golongan yang minat dengan aktiviti 'bercamping'. Ini kerana ramai dalam kalangan mereka ini yang sukar mendapatkan bahan bakar untuk aktiviti berkhemah.
"Daging smoked yang menggunakan kayu api tapi dimasak dalam smoker brick atau dalam smoker offset dari 6 hingga 12 jam (bergantung jenis daging yang dimasak) dan daging ini boleh dimakan terus berbanding daging salai yang perlu dimasak semula, contohnya daging salai masak lemak, kongsi Ammar.
Bermula dengan idea itu, maka lahirlah perniagaan menjual Kayu Api Unggun By The Shepherd. Perniagaan ini menggunakan tiga orang khidmat pekerja untuk melakukan kerja-kerja memotong kayu.
"Sekarang ni ramai yang suka dengan aktiviti perkhemahan dan ramai juga yang tak tahu dimana boleh mendapatkan kayu api, dari situ saya terfikir kenapa saya tidak membekalkan kayu api kepada mereka yang perlukan semasa aktiviti perkhemahan, kata Ammar.
"Kami telah membuat kerjasama dengan pihak pemaju dan kawasan yang dibersihkan untuk projek perumahan," tambah Ammar sambil menambah pihak bertumpu sekarang adalah di kawasan sekitar Klang Selangor.

"Kebiasaanya, pekerja saya akan masuk ke kawasan yang hendak dijadikan projek pembangunan semula. Contohnya ada kebun getah yang perlu dibersihkan dan kami akan lakukan pembersihan secara percuma dan pokok tersebut ditebang, kami mengambil kayunya sebagai upah.
Kayu-kayu yang kami gunakan untuk dijual adalah batang kayu dari pokok yang boleh ditanam semula seperti pokok rambutan, durian, getah, akasia, petai, cempedak, pokok bakau dan leban.
"Contoh kayu yang lembut seperti pokok getah dan durian. Kayu keras dari pokok bakau, rambutan, cempedak dan leban. Kayu keras ini sangat sesuai untuk tahan bara, sesuai untuk memasak dan sangat sesuai untuk digunakan semasa aktiviti perkhemahan, kata Ammar.
Kayu yang dijualnya mempunyai dua jenis saiz, saiz yang pendek 22.9 cm dan saiz yang panjang bersaiz 45.7 meter. Setiap ikat yang dijual mempunyai 17 batang kayu dengan harga permulaan RM20 sehingga RM55, ianya bergantung kepada jenis kayu yang dijual.
Berkongsi lebih lanjut mengenai pelanggannya, Ammar berkata selain mereka yang mencari kayu api untuk berkhemah, pengusaha perkhemahan, ada juga pelanggan yang banyak dari kaum cina, mereka mencari kayu untuk kegunaan perhiasan.
Selain dari kayu api yang dijual, Ammar juga menghasilkan papan pemotong yang diperbuat dari kayu manggis, ianya dijual pada nilai RM100 satu.
Sehingga kini, masih ramai yang belum yakin dengan potensi perniagaan kayu api yang sedang diusahakan bersama isterinya Noremilia Sharmila Nawawi.
Bercerita mengenai pendapatan, Ammar berkongsi pendapatannya boleh mencecah RM400 hingga RM600 sehari.
"Apa yang saya lihat perniagaan kayu api ini bukan sekadar kayu api tapi banyak lagi yang boleh dilakukan bergantung kepada apa tawaran kita kepada pelanggan, kongsi Ammar.
"Bila saya bagitau saya jual kayu api, ramai yang ketawakan saya, soalan yang sering ditanya, apa dapat jual kayu api? ada lagi ke orang nak kayu api di Kuala Lumpur? Kata-kata mereka ternyata silap, sebenarnya di Kuala Lumpur masih ada golongan yang mencari kayu api.
"Contohnya baru-baru ini, ada lima orang datang ke kedai saya mencari kayu api untuk digunakan untuk majlis kenduri berkonsep rewang. Mereka perlukan banyak sangat kayu api. Dalam masa yang sama ada juga pelanggan lain yang baru menjinakkan diri dengan aktiviti perkhemahan. Kita akan kongsikan tips kelebihan kayu yang sesuai untuk digunakan"
Ammar berkongsi, dia memulakan perniagaan kayu api itu hanya bermodalkan RM600 untuk membeli kapak jenama Fiskars yang mempunyai kualiti yang tinggi.
Diakhir temubual, Ammar turut menasihati anak muda supaya sekiranya sedang mengalami pengalaman pahit, atau ada ujian, perlulah bangkit dan tabah menerima sebarang ujian.
Kita jangan terlalu memilih kerja, usah cepat putus asa sebab kadangkala, ada perkara yang datang dengan ujian, namun kita harus meneroka peluang yang baru.
"Disebalik ujian yang menimpa, pasti ada ganjaran dari Allah S.W.T yang akan dikurniakan" Kongsi Ammar memberikan semangat.

Post a Comment